Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

SAMBUTAN HARI GURU 1

Assalammualaikum

Hai korang yang kiut-miut! Haha. Minggu ni cuti sekolah minggu yang kedua. So, Tika akan berusaha cerita dekat korang semua dalam minggu ni. Insyaallah. Korang pun dah baca tajuk entry Tika kali ni. Ye. Hari Guru. Hahaha... Tika sambut dekat 2 sekolah tahun ni. Satu dekat SMKRA(Sekolah Menengah Raja Abdullah) dengan SMKS(Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut). Tu pasal lah tajuk entry ada "1". Means, yang ni part 1 lah. Hehe.

Pengalaman pertama sambut hari guru dekat sekolah lain. Sekolah Form 6 Tika. Haha. No bad lah sambutan dia. Cuma agak kelam kabut sikit awal permulaan. Sekolah tu ada 2 sesi, sesi pagi dan petang. So, budak-2 sesi petang datang pagi lah. Itu menyebabkan dewan agak padat time tu. Kita orang pun duduk dalam satu barisan. Tak boleh duduk sebelah-2. Sebab, cikgu-2 nak masuk. Lepas cikgu-2 dah masuk, baru lah kita orang duduk sama-2.

Macam biasalah sambutan hari guru. Ucapan dari cikgu 'atas'(pengetua dan sebagainya). And macam biasa juga lah kita orang bosan. Nasib baik bawa novel. Baca-2, waktu rehat dah sampai. Kita orang pun malas nak makan. Sebab, ramai dekat kantin. Dengan budak-2 sesi petang. Lepak je lah dalam dewan. Dalam dewan tu, budak-2 sekolah tu semua keluarkan smartphone(smartphone lah sangat!). Haha. Kita orang pun macam ragu-2 nak keluarkan ke tak. Haha. Tengok kiri kanan, keluarkan je lha. Haha. Bila dah keluarkan, apa lagi kalau bukan tangkap gambar! 


Dari kiri, Farrah, Tika, Nabila, Nyta dan Ekyn










Ok. Yang sebelah Ekyn tu, kawan baru. Nama dia Arifah.






Ok. Cite dia macam ni. Tika suruh Ekyn tangkap gambar kami bertiga. Mungkin disebabkan hanya kami je yang pose sana sini, budak-2 dekat belakang tu nampak lah. Lagipun ada yang minat dekat Farah. Si Ekyn nampak budak-2 tiga orang tu menyibuk, dia pun biarkan je lah. Tika pun nampak yang Ekyn ni pandang belakang. Tika pun biarkan je lah. Mungkin ada orang lalu. Bila kita orang tengok gambar, baru tau ada orang dekat belakang. Bila kita orang pusing belakang, baru dia orang 3 ni blah.



suke ? like n comment je :)

PENDAFTARAN TINGKATAN 6

Assalammualaikum

Wah! Dah berzaman Tika tak update blog. Hihihi.. Penuh dengan 'debu hama' katanya. Meh sini pinjam peyapu korang. Nak bersihkan blog ni hah. Haha. Korang sihat? Alhamdulilah kalau korang masih sihat. Tika nak cerita pasal pendaftaran Form 6 Tika ni. Haha.. Excited ni nak cerita.  Walaupun cite dah lama, still nak cerita dekat korang juga. Pendaftaran start Jam 9. S, Tika gerak dengan family Jam 9.15 a.m. Sebab, sekolah tu kalau naik kereta sekejap je. Plus, sekolah tu dekat dengan mall, Brem Mall namanya. 

Sampai je sekolah, terus pak guard sekolah tu cakap, "ambik nombor dekat kantin". So, Tika pergilah kantin. Yang bagi nombor tu chines girl. Lepas dah ambik nombor, ayah tika cakap, "Tu mesti senior-2 awak." Tika jawab balik, "Entah-2 junior adik." Haha. Tapi betul lah. Dia orang memang senior Tika. Ok. Malu-2. Masuk je dewan, Tika terpinga-2 sekejap. Tika nak pergi duduk dekat mana? Haha. So, dengan bersandarkan nombor yang dia bagi (M-N 15), Tika pun cari lah kaunter M-N. Kaunter lah sangat. Dah jumpa! Tika pun nampak lah ex student SMK Segambut. Haha. Kawan-2 Tika lah. Nampak je dia orang, terus lepak-2, cite-2. Sampailah giliran Tika daftar. 

Masa daftar, Tika bagi lah semua particulars yang dia nak macam, ic photostat, parents punya ic, surat beranak and bla bla bla. Tiba-2 orang yang bertanggungjawab yang daftarkan Tika cakap, "sijil koko tak bawak ah? Esok bawa lah." Tika pun, "Ok." Tapi dalam hati cakap, dekat surat tawaran tu tak de pun cakap kena bawa sijil koko? Aish! Lepas je daftar, kawan Tika si Ekyn ajak makan. Jom lah makan. Tika pun tak sempat makan sebelum pergi. 

Sampai je kantin, makanan yang pertama je cari, nasi lemak. Boleh tahan juga lah nasi lemak dia. Dah syok-2 makan, akak senior datang. Akak senior cakap, "sekarang ni bukan waktu makan. sekarang ni time budak-2 form lain yang rehat." Nasib baik dia tegur cara baik. Haha. Lepas je makan, masuk dewan. Kita orang pun cite-2 lah. Dah bosan sangat, apa lagi kan? Keluarkan hp masing-2. Haha. Nah! Tatap gambar kami. 




Haha. Muka-2 yang tengah bosan. Sambil dengar cikgu-2 taklimat, sambil tu juga main telefon masing-2. Sempat juga berwechat ni. Haha. Dengan si Teha. Teha tak dapat Form 6. Tapi dia buat rayuan. Harap-2 dia dapat lah. Masa Tika wechat dengan Teha ni, dia pergi interview kerja. Lepas tu dia ajak jumpa dekat Brem Mall.

 Haha.. Sempat lagi menyempat ni tangkap gambar. Dalam toilet pulak tu.


suke ? like n comment je :)

ALHAMDULILAH... REZEKI ALLAH.

Assalammualaikum...

Hai semua! Sihat? Maaf. Dah lama tak update and edit blog Tika ni. Siapa yang batch '95 dekat sini? And siapa yang dapat tawaran ke Tingkatan 6 atau Form 6? Sebelum Tika cerita, korang baca apa yang ada dalam gambar ni. 



Dah baca? So, kawan-2 pun komen lah, macam mana nak semak. So, dengan bantuan Mr.Google kita, Tika pun cari lah. Akhirnya dapat juga lah link nak semak kemasukan tingkatan 6. Masuk nombor ic terus dapat jawapan. Jawapan dia,


Ada lagi satu ni,


Ye, Tika dapat tawaran Form 6. Jurusan Kemanusiaan. Yang Tika tak pernah dengar jurusan. Sebelum Tika sibuk-2 nak semak, kawan Tika ada bagi tau pasal ni. Dia pun dapat juga. Jurusan dengan sekolah pun sama. 2 hari sebelum tu pun, ada kawan Facebook update status pasal Form 6 ni. Dia dapat. So, masa Tika baca tu, Tika rasa dia ni mesti pandai and power lah dalam study. And Tika pun tak terfikir akan dapat tawaran ni. Tika sebenarnya lupa pasal Form 6. Tika sibuk nak masuk poli je. Tu yang Tika lupa tu pasal Form 6. 

Jujur Tika cakap, Tika tak tau nak terima atau tak. Fikir punya fikir bincang punya bincang Tika tak nak ambik. BUT, Tika fikir balik bincang balik, and keputusannya, Tika terima. Sebab, kita tak tau masa depan kita nanti macam mana. Kehidupan kita baik ataupun tidak. Sama ada Tika dapat atau tak tawaran poli atau mana-2 universiti. So, Tika terima lah tawaran ni. 

Alhamdulilah... Allah bagi Tika peluang untuk berjaya dalam hidup and banggakan parents Tika. Harap-2 apa yang Tika buat ni, ada hasilnya. AMIN!

suke ? like n comment je :)

SAMPAI BILA NAK MACAM NI?!

Assalammualaikum...

Hai semua! Sihat ke tidok? Alhamdulilah kalau sihat. Tika pun sihat saja. Rajin Tika update blog pagi-2 macam ni. Tak lah pagi sangat. Baru jam 8.26 pagi lagi. Sorry. Sebab Tika dah lama tak update blog. Sebab, Tika tak ada cerita yang best pun. Ye lah. Tika duduk rumah je. Tak pergi mana-2 pun. Lainlah budak-2 yang sama umur dengan Tika. Dia orang kerja. Tika tak.

Nampak tak tajuk entry Tika kali ni? Hari ni Tika nak luahkan rasa tak puas hati lah. Siapa-2 yang jadi Tika pun, akan rasa tak puas hati juga. Macam ni, korang sendiri tau kan, Tika pernah cari kerja. Kerja yang Tika minta tu tak dapat. Ada satu tempat yang Tika minta tu, dapat. Tapi, lama sangat dia orang nak call Tika. Masa cari kerja ni, Tika dengan kawan Tika. So, kawan Tika tu dah dapat kerja dekat tempat lain. Kalau dia ada, tak pe lah. At least, Tika ada kawan nak lunch. 

Benda yang Tika tak puas hati ni, kenapa dia orang ambik keputusan nak ambik orang kerja lama sangat? 2 atau 3 hari dah boleh buat keputusan. Tak terfikir ke yang orang yang cari kerja ni, memerlukan duit untuk tampung perbelanjaan dia orang? Tika tak faham kenapa mesti ambik keputusan yang lama untuk ambik orang bekerja. 

Kadang-2 Tika terfikir nak buat bussnies online. Macam jual tudung ke. Tapi, bila fikir-2, mana Tika nak dapat modal untuk buat bussnies ni? Mana Tika nak cari 'sumber' barang yang Tika nak jual. Tension juga bila fikir lama-2. Tika pun teringin juga dapat beli yang barang keperluan sendiri. Korang pun sendiri faham kan? Mmmmmm.... Kadang-2 Tika nak je serang tempat Tika minta kerja tu. Tapi, Tika masih berfikiran waras lagi. 

Tika cari kerja ni pun buat persiapan. Mana tau peluang nak sambung study tu, tak ada. So, Tika boleh terus cari rezeki. Dapat bantu family and diri sendiri. Kita semua tak tau nasib kita akan datang nanti macam mana. Kalau kita tau, rasanya semua dah buat persiapan. Last, Tika harap dia orang call lah cepat-2. Sebab, Tika memang betul-2 nak kerja ni. Harap sangat-2 ni. Tika dah bosan duduk rumah. 

suke ? like n comment je :)

PERGI JUGA KAU.

Assalammualaikum...

Hai semua! Title Tika tu macam kasar kan? Padahal cerita yang nak update ni, bukan nak maki hamun orang pun. Ok? Just baca dari awal. Mesti baca dari awalkan? ^^

Cerita yang nak Tika update ni pasal kawan Tika. Bukan kawan Tika sorang je. Dia kawan semua orang. Nama dia BAINI . Dia dah balik Sarawak dah. Sebab? Dia orang Sarawak lah. Mungkin ada lah hal dia tu kena balik. Dia kata mungkin dia akan berbulan-2 dekat sana. Hah?! Berapa bulan tu Baini? Bila Tika dapat tau yang dia akan akan balik Sarawak, agak sedih juga lah. Ye lah. Kita orang kalau ada masalah, lebih-2 lagi pasal BF, memang kita orang je lah yang tau.

Dear Baini,
Aku harap kau dekat sana ok-2 saja. Walaupun kita jauh, tak bermakna kita tak contact. Kalau kau ada masalah, cepat-2 lah mesg aku. Even, kita pernah ada salah faham dulu. Tapi itu semua, kenangan lama. Macam orang cakap, "barang yang lepas jangan dikenang." Aku dah anggap kau macam family aku. Kau lah kawan pertama yang aku ajak tidur rumah aku. Nasib baik katil muat, kan? Hahahaha.... Ingat lagi mula-2 kita rapat? Kalau kau ingat bagi tau aku tau. Aku ingat. Tapi, tak nak bagi tau dekat sini. Rahsia. Hahahaha... Aku harap kau sihat-2 je dekat sana. Balik sini, bagi tau aku dulu tau. Lepas tu aku nak kek lapis. Hahahaha... Penting tu Baini. Jangang lupa aku tau. Bukan aku sorang je. Kawan-2 kita yang lain juga. XD







suke ? like n comment je :)

NASIHAT UNTUK SEMUA

Assalammualaikum...

Sebenarnya Tika tak ada idea nak luahkan apa yang terpendam dekat hati ni. So, dengan menghapdate blog tengah-2 malam ni, maybe ada lah idea timbul macam mana nak luahkan pasal tabiat orang-2 kita ni. Bukan sebab Tika ni keturunan bukan melayu, indonesia sebenarnya. Well, mama dengan ayah Tika orang Indonesia. Bukan Tika nak kutuk atau menyakitkan mana-2 pihak. 

Memang kita tak lepas dari dosa. Kadang-2 kita cakap pun main lepas je tapi, tak perasan apa yang kita cakap tu, menyakitkan mana-2 pihak. Contohnya, kutuk-mengutuk. Kita ambil contoh dari ABPBH hari tu. Memanglah artis-2 semua pakai cantik-2. Artis lelaki nampak handsome dengan suit dia orang. Artis perempuan pun tak kurang cantiknya dengan gaun dan aksesori yang cantik. 

Bila kita nampak artis wanita pakai pakaian yang pelik macam Didie Alias hari tu. Mulalah mulut kita ni 'bergerak'. Ada lah satu blog yang Tika baca. Dia kutuk habis-habisan pasal pakaian yang Didie Alias pakai.  Ok. Memang pelik. Tika pun mula-2 tak kenal bila kamera fokus dekat Didie Alias. Bila dia dinobatkan 'Artis Wanita Komedi Popular' barulah Tika perasan yang tu Didie Alias. Tika tak nafikan pakaian dia pelik. Cuma, agak keterlaluan bila blog yang Tika baca ni dia update macam ni, "Awak tu dah tua bangka. Bawa-2lah bertaubat.". Awak, awak siapa nak tegur dia macam tu? Sepatutnya kita sama-2 doa yang suatu hari nanti, dia akan berubah. Bukannya kita kutuk-2 dia. Lagi satu pasal pemakaian artis wanita yang agak seksi tu. Macam Rozita Che Wan. Ok. Dia memang cantik. Plus kalau kita tengok dari sudut pandang yang positif, Rozita Che Wan sebenarnya berkerja keras demi anak-2 dia. Bukankah kita patut sokong dia? Bukannya kita menjatuhkan diri/maruah dia. Ye, memang dia seksi malam tu. Tak dinafikan. 



So kesimpulan dari entry Tika ni, jaga tepi kain sendiri. Bayangkan macam ni lah, kita suka kutuk orang tapi, kita tak tau orang yang kita kutuk tu perasaan dia macam mana bila tau kita kutuk dia. Faham kan? Daripada kau orang kutuk-2 orang, lebih baik buat kerja amal. Betul tak? So, just smile.

my mom with me. 

suke ? like n comment je :)

HAPPY BIRTHDAY, BOY!

Assalammualaikum...

Ingat tak post Tika yang pasal Hari jadi tu? Ingat kan? Ada lagi birthday boy yang sambut birthday dia bulan April juga. Dia ada Haris. Hahaha... Siapa Haris tu? Dia ada lah, pengerang jantung hati Tika. Cehh! Hehehe... Tak sangka pulakkan yang Tika dengan dia sama bulan. Hahaha... Macam first time je tau. 





Ni dia kek hari jadi untuk awak. Mampu bagi yang ni je. Tak mampu nak beli yang real punya. Tika tak tau nak bagi apa dekat dia. Mula-2 nak beli minyak wangi. Tapi, tak tau pilih yang mana. Lepas tu, kawan Tika bagi idea buat hadiah sendiri. Macam ni idea dia, kita beli satu bekas kosong. Lepas tu, kita tulis dalam kertas warna warni. So, Tika pun setuju terus. Sebab, Tika nak dia simpan.

buat macam ni pun ok juga. buat depan rumah dia.



Ni lah hasil dia. Walaupun tak secantik mana, yang penting niat dah ikhlas yang penting. Untuk pengetahuan kau orang semua, Tika beli bekas tu dekat tempat barang-2 khawin tau. Nasib baik ada jual. Bila dah sampai kedai tu, Tika dah rancang Tika khawin nanti nak macam mana. Hahahaha...

p/s:semua nak warna pink .

suke ? like n comment je :)

HANGOUT PART 1:TIMES SQURE

Assalammualaikum...

Pada 4 April lepas, Tika dengan kawan-2 pergi TS. Semata-2 nak tengok G. I JOE punya pasal. Mula-2 ni plan Baini dengan Tika. So, alang-2 keluar tu, Tika ajaklah beberapa kawan lagi. Mira, Yahya, Farah and Epul. Pergi TS bukan nak tengok wayang je, Baini dia nak shopping. Disebabkan almari Tika penuh, tak dapat lah nak shopping. Tika cuma beli kasut dengan seluar je.

Nih gambar kita orang yang gila. Ni semua gambar lepas edit. Yang tak edit, Tika dah buang. Hahaha. 



Dia orang suka Tika buat muka macam tu. Lagipun, Tika dah lama tak menggila dengan dia orang ni. Maaflah kalau muka Tika meng-annoying kan kau orang semua. Tika kalau pergi TS tak sah kalau tak makan Tutti Fruity. Mesti kena makan juga. Sedap oi! Tapi, disebabkan masa tu tak ada perisa yang Tika nak(coklat) terpaksa lah ambik Coockies and Cream yang rasa macam milo basi bak kata baini. 


Ni lagi satu nak cerita ni. Benda yang Tika tengah berdiri tu, warna purple. Benda tu kalau pijak, dia bergerak. Siapa yang pergi TS tau lah kan? So, walaupun Tika dah pernah pijak dekat situ, perasaan jakun tu tetap ada. Atau bahasa kasarnya, kuno. Hahaha. 

suke ? like n comment je :)

AKHIRNYA, APRIL!

Assalamualaikum...

eh, kek coklat. ada tulisan happy birthday pulak tuh.
siapa hari jadi ni kak tika?

Hai semua! Sihat? Alhamdulilah kalau sihat. Ni dah kenapa entry Tika 'bau wangi kek coklat' ni? Bulan ni kan bulan 4(April). So, birthday Tika bulan ni. Akhir bulan tu. Yeah! Dah nak umur 18. Pejam celik pejam celik Tika dah nak umur 18. Kalau dah umur 18, confirm-2 rasa tangungjawab tu ada. Macam tak percaya je yang Tika dah besar. I mean, tinggi. Hahaha... 

Bulan ni kawan Tika pun hari jadi. Tarikh yang sama pula tu. So masa sekolah dulu dalam kelas, kami digelar 'Kembar'. Walaupun keluarga lain-2. Mama Tika pun bulan 4 juga. 17 hari bulan. So, mama Tika lah sambut dulu. Wow! Ramainya yang hari jadi bulan 4 ni. Bangga pula. *riak 

So, wish Tika bulan 4 ni? Mmmmmm.... Belum ada wish lagi. Tak rancang lagi. Sebab permulaan bulan 4 ni agak baik lah. Antaranya , Tika dengan Dia dah baik dah. Lepas tu, ayah tika bagi Tika duit tau. Sebelum-2 ni Tika je yang minta. Tak pernah ayah Tika bagi duit macam tu je. Wow! Inilah hidup yang diimpikan semua remaja dekat Malaysia ni. Betul tak? 

Siapa-2 yang hari jadi sama dengan Tika tu, Tika ucap Selamat Hari Jadi walaupun bila je hari jadi korang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin. Tika rancang nak sambut birthday dengan BFF Tika. Tika nak ajak diaorang keluar ramai-2, kasih penuh itu satu shopping complex. Hahaha. Kasih meriah sikit. Mesti best en? Hahahaha... Baru rancangan je. Kalau jadi, Tika update story mory lah dengan you all semua! XD 




suke ? like n comment je :)

YEEPIE ! ^^

Assalammualaikum....

Hai semua! Sihat tak? Kalau sihat, alhamdulilah. Dah lama Tika tak update blog. 'Habuk' dah blog ni. Apa yang yeepie sangat tu? Hahahaha... Ada 2. Satu, Tika dapat update blog. Dua, akhirnya impian Tika terlaksana. Hahahaha.... Kita cerita satu-2 dulu. Ok? Kalau cerita semua, penat lah mek! Tak kan nak menghadap lap top je. Hahahaha...

Tika rindu gila dengan blog Tika yang pink ni. Ye lah. Suka duka cerita Tika ada dalam blog ni. Kira macam blog Tika ni husband Tika lah. Tengok, belum khawin dah ada 'suami' tau. Ko ado? Hahaha... Tika dah mula merepek dah ni. Biasa lah. Ter-excited. Macam korang lah juga lah kan. Semua cerita nak update. Putus dengan BF pun nak update. Jangan sedih-2 akak-2 yang baru break tu. Lelaki baik tengah tunggu akak-2 dekat luar sana. Luar mana? Luar hidung. Hahahahaha...

Apa perkembang hidup Tika sekarang? Badan makin berkembang. Mana taknya. Hidup menganggur. Jangan ingat Tika tak cari ek? Tika cari tau. Cuma mereka-2 tu tak call Tika. Sakit hati Tika. Orang pun nak cari rezeki juga. Siapa yang budak lepasan SPM macam Tika ni, faham lah tu. Dekat rumah sekarang ni, Tika cuma kemas rumah je lah. Atau dikenali sebagai 'pembantu tanpa gaji'. Ye lah. Mama, ayah dengan abang kerja. Siapa nak kemas rumah kalau bukan Tika kan? Tak pe. Latihan anak dara. Anak dara kena tau semua ni. 

Cerita yang kedua pulak, akhirnya Tika dapat bela seekor kucing yang tengah mengandung. WAH! Happy gila doh! Macam ni cerita dia, ingat lagi tak cerita 'Mohabbetein' dekat TV2 hari tu? Masa tu, ayah Tika tengah beli barang. Masa otw balik rumah, jumpa kucing yang cute mute ni. So, ayah Tika bawak lah balik. Yang best tu, dia pandai buang air dekat toilet. Tak payah beli pasir. Senangkan? Lagi yang buat Tika geram, kita buat apa dekat dia, dia diam je. Tak mengamuk pun. Tak ada nama pun. Panggil dia just miowwww! Tapi, dia bukan miow, mak. Tak percaya? Tak percaya sudah tak paksa pun. 

suke ? like n comment je :)

TERIMBAU KEMBALI

Assalammualaikum...

Hai semua! Tika nak cerita ni. Nak cerita apa? Kalau nak tau, baca sampai habis tau. Kalau ada yang merepek tu, abaikan je lah. Tika kadang-2 memang suka merepek ni. 

ZAMAN SEKOLAH
Masa zaman sekolah dulu, Tika selalu mengeluh. Bila nak cuti, kerja sekolah banyak, nak study, exam bagai and etc. Standard lah kan student. Budak yang bijak pandai otak bergeliga pun kadang-2 mengeluh juga. Masa sekolah, Tika akan tunggu 2 bunyi lonceng. Lonceng yang pertama, lonceng rehat. Hahahaha... Tika ni jenis yang kadang makan pagi, kadang tak. Kalau makan pagi pun, Tika tetap lapar juga. Biasalah kan.. Orang kuat makan. *makan banyak tapi badan maintain je Loceng yang kedua pula, lonceng balik sekolah. Bukan Tika je yang tunggu, mak cik kantin pun tunggu. Ha.. nampak permainan dia? Biasalah kan.. Student... Korang pun pernah juga kan? Yang sekolah lagi pun sama juga. 

Budak-2 sekolah paling tak suka hari Isnin dengan Rabu. Sebab, setiap Isninkan perhimpunan. Ditambah pula dengan ucapan pengetua, pk HEM(Hal Ehwal Murid), pk KoKo, ucapan cikgu yang bertugas lagi. Memang masa tu apa yang cikgu cakap dekat depan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lepas tu ditambah pulak, dengan jadual yang AWESOME giler lah! Contohnya, sejarah, matametik, sains and bla bla bla. Kalau hari Rabu pula, biasa lah, kokurikulum... Kalau sekolah Tika dulu, cikgu sampai kunci pagar tau. Sebab cikgu nak budak-2 aktif dalam bidang masing-2. Walaupun cikgu dah kunci pagar, ada juga tu yang ponteng kokurikulum. Contohnya, bajed pergi solat, tapi sebenarnya ponteng. 

Makanan wajib dekat kantin sekolah, Nasi Lemak. Walaupun nasi lemak dia biasa je tak letak lauk, tetap menjadi pilihan hati budak-2 sekolah rendah atau menengah. Lain lah kalau ada sekolah yang nasi lemak dia mengalahkan restoran 5 bintang. Kelah kau jah! Lepas tu, mihun atau mi goreng atau dua-2. Walaupun letak sayur je, mesti adalah dekat 'kaunter' kantin sekolah. 1 pinggan RM1. Kalau sekolah rendah Tika dulu 50 sen. Sebab letak dalam mangkuk. Kalau dengan ayam sekali RM1 lah jadinya. 

Bila dah sampai waktu exam, mulalah gabra nak study. Azam tak nak online twitter, facebook bagai. Last-2 muka dia juga yang online. Macam Tika lah contohnya. Student lah katakan... Dekat rumah tak nak study, dekat sekolah bajed-2 baca buku. Entah masuk atau tidak. Baca je lah kan. Study last minute. Yang paling best bila kita target bab tu tak masuk. Contohnya, Sejarah. Kita dah bincang dah kawan-2, Bab 4 mesti tak masuk. So, tak payah lah susah payah baca Bab 4. Dapat je soalan, soalan pasal Bab 4 semua masuk. Memang time tu rasa macam nak lari mengalahkan kena kejar dengan singa lah. 

Bila balik sekolah? Semua orang tunggu nak balik sekolah. Bila lonceng dah bunyi menandakan balik sekolah, semua keluar dari kelas macam Avril Lavigne datang je. Lebih-2 lagi budak-2 peralihan. Tika? Tika rilex dulu. Keluar dari kelas pun perlahan-2. Tunggu geng-2 Tika keluar dari kelas dulu. Lepas semua dah keluar, ajak makan. Kita orang makan pun bukan dekat sekolah. Dekat luar sekolah. Kita orang selalu makan rojak dengan bakso dekat warung mak cik Indonesia ni. Korang jangan ingat rojak buah pulak. Ni rojak lontong. Tau kan lontong? Lebih kurang nasi impit lah. Sedap gila lah. Kalau balik dari sekolah pergi warung mak cik tu, mesti banyak budak sekolah kita orang lah. Kadang-2 tu makan juga nasi campur. Keropok lekor pun ada. Asli daripada Terengganu katanya. Keropok lekor longsong. Kalau balik sekolah, Tika dengan kawan-2 mesti balik lambat. Muka kami je lah yang lepak dekat sekolah sampai petang. Lepas balik dari makan, lepak jap bawah kipas. Panas kan? Lepas tu, buat kerja sekolah. Kalau rajin lah. Kalau tak rajin, gosip-2 je lah.

ZAMAN LEPAS SEKOLAH
Bila dah tak sekolah ni, semua bawa haluan masing-2. Ada yang kerja, ada yang duduk rumah je. Yang kerja tu untunglah kan.. Dapat gaji akhir atau awal bulan. Yang tak kerja macam Tika ni, habuk rumah je lah yang dapat. Tipulah kalau Tika cakap Tika tak cemburu tengok kawan-2 yang kerja ni. Cemburu tau. Bukan Tika tak nak cari. Tika cari. Tak dapat juga. Tika dah rasa dah bila tak dapat kerja ni. Tika memang nak cari kerja lagi. Tapi, sekarang ni dah masuk bulan 3. Korang faham kan bulan 3 ada apa bagi budak-2 yang sama umur macam Tika ni. Yes! Result SPM. Walaupun Tika tak tau sama ada dapat atau tak sambung belajar tu, Tika rasa macam ni tau, nak cari kerja ke tak? Macam tu tau. Bila dah tengok kawan-2 dah boleh beli barang keperluan sendiri. Tak payah nak minta duit dekat mak ayah, Tika rasa malu. Sebab, kenapa nasib Tika tak macam mereka? Tika nak juga beli barang keperluan sendiri lepas tu, bagi sikit duit poket mak dengan ayah. Ringankan beban mereka. Anak mana yang tak nak ringankan beban mak dengan ayah, kan? Semua anak nak macam tu. Kalau boleh, tak nak bagi mak dengan ayah kerja. Duduk rumah je. 

Siapa cakap yang Tika tak jumpa kawan-2 Tika lepas habis sekolah? Kita orang jumpa tau. Saling rindu merindui. Amboi! Bila jumpa dengan kawan-2, rasa macam kembali alam persekolahan pulak. Betul tau! Gelak-2, gurau-2, sakat-menyakat. Rindu lah zaman sekolah dulu. Kawan-2 Tika semua rindu nak balik zaman sekolah. Walaupun kita ada kenangan pahit dekat sekolah tiba-2 jadi kenangan manis pulak. Bak kata orang, taik gigi pun rasa coklat. 

Tak dinafikan lah. Orang yang dah habis zaman sekolah, mesti rindu nak balik ke zaman sekolah. Cikgu Tika pun rindu tau. Walaupun dia mengajar, dia rindu nak jadi remaja balik. Kata cikgu Tika, nampak masa muda. Korang pun sama kan? Mama Tika pun sama. Dia kata kalau boleh balik zaman sekolah, mama Tika nak belajar lebih lagi Bahasa Inggeris. WAU! 

Ok lah pembaca-2 tegar Tika, cerita Tika dah habis dah. Kesimpulannya? Tika rindu nak makan rojak dekat warung mak cik Indonesia tu. Hahahahaha....

p/s:sanggup tak tengok abang Robbie Van Persie kita main bola tau. sebab, nak cerita dengan korang semua. =)

suke ? like n comment je :)

DATANG BILA JEMPUT

Assalammualaikum...

Hai semua! Sihat tak? Kalau sihat, alhamdulilah. Tika pun sihat saja-2. Nampak tak title dekat atas tu? Sebelum Tika cerita lebih lanjut, korang dengar dulu celoteh Tika. *dengar ke suara tika?

Masa tu Tika baru nak online FB Tika. Bila tengok notification Tika, kawan sekolah Tika post lah dekat group kita orang. Group 5 Bestari. Dia post macam ni tau, "Kawan-2 Muhammad Harez jemput perkhawinan kakak dia 9/3/2013. Terima Kasih." So, reaksi Tika macam ni, "Dia jemput kawan-2 dia je. Tak jemput aku pun. So, Tika biarkan je lah. Malas nak komen. Lepas tu, hari ni kawan Tika Yahya tanya dekat Tika, "Tika tak pergi ke khawin kakak Haris tu?" So, Tika jawab balik lah, "Dia tak jemput Tika pun. Buat apa nak tunjuk muka? Kalau dia jemput, mesti dia call atau sms Tika dulu." 

So, korang faham tak apa yang nak Tika sampaikan ni? Kalau yang tak faham meh sini Tika jelaskan. Buat apa kita nak datang kenduri atau event orang tapi, diri kita sendiri tak dijemput. Keluarga Tika memang macam tu. Kalau orang jemput datang, kita orang akan datang lah. Kalau tak jemput, tak payah datang. Walaupun kita tau bila majlis tu akan dibuat. So, lebih duduk rumah je. Kata mama Tika, 'Buat malu je'

Mungkin ada yang cakap lebih baik Tika datang supaya dia tau yang Tika still sayangkan dia. Tapi, dia tak jempu Tika pun. Dia just jemput kawan-2 dia je. Tika bukan kawan dia. Faham kan anak-2? 

Bukannya Tika tak nak datang. Tika memang nak. Tapi, dia tak jemput Tika. Plus, masa tu juga saudara Tika khawin. Tak kan nak pergi dua-2? Rumah dia pun Tika tak tau. 

So kesimpulanya, Tika akan datang bila dijemput. Kalau tak dijemput, Tika tak nak datang. Mungkin kedengaran agak tak sopan. Tapi, prinsip tu dah sebati dalam jiwa Tika. Maaf lah kalau yang tak suka dengan prinsip Tika ni. Tak boleh buat apa. Cuba untuk buang prinsip tu. Tapi, tak boleh. =)

p/s:khamis ni hangout dengan kawan tika. tak sabar-2!

suke ? like n comment je :)

DIA

Assalammualaikum...

Kepada, my CAPTAIN AMERICA,
Mana awak menghilang? Saya call awak tak nak jawab atau call balik. Saya mesg awak, awak tak reply pun. Saya rindu awak. Saya tak tau nak luahkan dekat siapa. Memang sakit hati bila awak buat macam ni. Ego awak melebihkan segala-galanya. 

Kalau saya cakap awak berubah, mesti awak akan tanya apa yang berubah pada diri awak. Entah lah. Saya pun tak tau apa yang berubah pada diri awak. Saya tak ada alasan yang kukuh untuk cakap yang awak berubah. 

Kalau saya cakap yang awak sibuk kerja, awak mesti cakap kerja nak cari rezeki. Mana tau awak dapat sambung belajar. Saya tak kisah awak kerja kuat. Tapi, disebabkan awak kerja kuat, awak tak ada masa nak luangkan dengan saya. 

Kalau saya cakap yang awak tak nak jumpa saya, mesti awak akan cakap yang awak sibuk kerja. Awak tau tak kita last jumpa tahun lepas and masa tu last paper. Saya ingat lagi masa tu. Masa tu awak happy sangat. Sampai baju and kasut awak berconteng. Rambut pun sama.

Dear awak,
Kita memang ditakdirkan macam ni ke? Bila saya hantar mesg yang hubungan kita dah selesai tiba-2, saya rasa menyesal pula. Saya nak je call awak nak minta maaf tapi, saya tau yang awak tak kan jawab call saya. Saya nak je mesg awak tapi, keputusan tetap sama je. Awak senyapkan diri awak.

Awak,
Saya mimpikan awak semalam. Dalam mimpi tu awak cakap dekat saya, mesg awak selepas pukul 6.30 petang. Bila saya bangun dari tidur, saya terus call awak. Tapi, awak tak jawab pun. Saya harap awak baik-2 and sihat walaupun awak dekat mana.

Saya cuma berharap, awak jangan lah senyap macam ni lagi. Bagi lah keputusan. Saya harap keputusan awak tu dapat menjelaskan semuanya and awak bagi tau kenapa awak senyapkan diri awak dari saya. Itu je.

p/s:alamak! asal Tika jiwang ni? hahahaha.... (gelak tak bermaksud happy. luar lain, dalam lain.)

suke ? like n comment je :)

KHUSUS UNTUK WANITA

Assalammualaikum....

Azam Tika tahun ni nak jadi pembersih. Korang jangan pulak fikir yang Tika sebelum ni tak pembersih pulak. Maksud Tika, Tika nak utamakan kebersihan. Lebih-2 lagi Tika ni perempuan, kan? Kita sebagai perempuan kena lah jaga kebersihan. Khususnya dibawah sana tu. Fahamkan maksud Tika? Bahagian situ memang kena jaga 100%. 

Sebelum Tika nak cerita lebih lanjut, korang tau tak blogger yang dah jadi artis nih? Tak kan tak kenal kot.. Mesti lah kenal kan. Macam mana Tika tiba-2 jadi pembersih ni? Sebab Tika baca satu entry akak kita ni , Hanis Zalikha . Bila Tika baca entry tu, dari situ lah Tika menanamkan azam untuk jadi lagi pembersih sebelum ni. Sebelum ni bukan lah Tika tak pernah cuci dekat situ, pernah. Tapi bukan dengan kaedah yang betul lah.


Lepas makan tadi, terus ajak family pergi Guardian. Satu Guardian tu Tika pusing. Nasib baik lah Guardian tu ramai orang. So, tak ada lah awkward sangat. Pusing-2, jumpa lah apa yang diinginkan, iaitu 'Lactacyd'. Masa beli ni, tak tau nak pilih yang warna apa. So, Tika ambil je lah warna biru. Warna biru ni untuk memutih dalam masa 4 minggu. Kena pakai hari-2 lah beb. Tak boleh lah sekejap pakai, sekejap tak. *kalau yang ini dah habis, guna yang warna lain pulak ^^

Yang gambar atas tu pula, sebenarnya tisu basah. Kebanyakkan toilet tak sediakan tisu dalam toilet. (Faham tak?) So, tak kan nak biar macam tu je kot lepas dah 'membuang', kan? That's why lah orang perempuan kena jadi pembersih. Jangan malas.

Sekarang ni, pergi mana kenalah bawa tisu basah ni. Yang warna putih untuk itu. Yang warna pink, untuk lap apa-2 je lah. Kena lah buat persediaan kan. Setiap beg perempuan wajib ada tisu. Tak kira lah sama ada tisu basah atau kering. 

p/s:bagi adik-2 yang baru remaja terutamanya perempuan, kenalah rajin jaga kebersihan tu. kena mula dari sekarang. jangan nak tunggu orang lain buat, baru nak buat. mula sekarang. :)

suke ? like n comment je :)

YOU

Assalammualaikum...

Who is 'YOU'? 'YOU' is who? 
Dah mula merepak dah Tika ni. Selalunya tak pernah pun update blog guna bahasa antarabangsa ni. Tapi, betul lah. Tika nak update pasal 'YOU'. Tapi, siapa 'YOU' yang Tika maksudkan? 'YOU' yang Tika maksudkan lelaki yang dekat luar sana. Kecuali yang dah berkhawin, yang dah bergelar ayah dan yang dah tua. *atuk-2 lah 

Kenapa ada sesetengah lelaki kalau gaduh dengan girlfriend tak nak mengalah? Kenapa? Nak tunjuk keegoan korang ke, nak tunjuk yang korang ni pantang dicabar ke, atau apa? Jujur Tika cakap, my boy macam tu. Setiap kali kita orang gaduh, dia mesti tak nak mengalah. Kena Tika juga pujuk dia. Bukannya sekali. Tapi, banyak-3 kali. Sampai satu tahap tu, Tika dah fed up dengan dia. Senang cerita bosan lah.

Ada pula sesetengahnya, caring, romantic dan yang seangkatannyalah. Lelaki yang jenis macam ni, perempuan mana yang tak nak kan? Lelaki-2 yang macam ni ada dalam novel, tv atau bayangan kita je. Realitinya, 1 dalam 1000 je yang Tika jumpa. 

Apa yang ada dalam fikiran lelaki kalau lelaki jumpa perempuan yang cantik? Mestilah dalam otak dia orang akan fikir macam ni, "Wow, cantik gila awek tu! Kalau lah jadi awek aku, untung giler aku!" kan? Kalau jumpa awek yang skema, cool, pakai baju pun baju kurung, apa pulak dalam fikiran lelaki? Kita sebagai kaum hawa mesti nak tau kan apa pandangan lelaki terhadap kita.

Lelaki kalau ajak bergurau, ada sesetengah perempuan anggap serius gurauan tu ataupun tak tau yang lelaki tu bergurau dengan perempuan. Jujur Tika cakap, Tika seorang macam tu. Kadang-2 Tika tak tau kalau lelaki ajak Tika bergurau. Time tu, Tika memang tak tau lah. Last-2 dia terus 'unfollow' Tika dekat twitter. Itu satu lagi masalah. Kalau perempuan malas nak layan lelaki dekat twitter ke, facebook ke, mesti 'unfollow' atau 'unfriend' terus. KAU NAK APA SEBENARNYA LELAKI?!

Tika sekarang ni dah serik nak couple-2 ni. Bukan maksudnya Tika minat dekat perempuan pula. Still minat lelaki. Mungkin dah sampainya kot Tika single untuk sementara waktu. Lagipun hubungan Tika dengan 'Dia' tak stabil sekarang ni. Tunggu masa je ni. Kalau Tika dengan 'Dia' sampai sini je hubungan, redha je lah. Mungkin Allah ada 'simpan' lelaki yang baik untuk Tika dan perempuan baik untuk 'Dia'. 

Sekarang pun 'Dia' pun diamkan Tika je. No message and no call. Entah apa masalah 'Dia' Asyik Tika je yang kena mengalah. Kalau dia online facebook dia, Tika cepat-2 offline kan chat Tika. Sebab, Tika yang akan rasa sakit hati. Sebab, Tika mesti berharap, "IM lah aku. IM lah aku." Perempuan. Mana-2 perempuan pun akan rasa macam ni. 

p/s:tunggu masa je single. azam tahun ni. nak jadi kuat, tukar hp and sim card sekali. 


suke ? like n comment je :)

RM1 Juta Ringgit

Assalammualaikum...

Cuba korang bayangkan yang korang tiba-2 dapat durian runtuh? Nak pergi kerja, ada beg depan rumah korang. Korang buka je beg tu, ada duit yang banyak. Korang buat apa? Report polis ke? Masuk dalam akaun bank korang ke? Atau apa? Itu baru je bayangan kita kan. Cuba-2 betul. Ambik kau! Hati mesti berbelah bagi punyalah. Sama ada nak buat itu atau ini?

Itu kalau korang jumpa kan. Kalau korang masuk satu pertandingan. Contoh yang dekat tv tu, RM1000000 Money Drop. Korang jawab betul semua 8 soalan, senang lah. Bangun pagi esoknya, akaun bank yang dulu baki RM12.80, sekarang dah banyak. Boleh korang bayangkan. Dengan ada duit yang banyak macam tu, dalam otak terus rancang nak buat apa dengan duit tu. 

Antara 2 situasi ni, korang pilih yang mana? Tika suka situasi 2. Sebab, duit tu jadi milik kita secara mutlak. Kalau situasi 1, kita mesti ragu-2 kan nak guna atau tak. Kalau Tika, Tika akan buat macam ni:

1.Hantar parents pergi haji
Rukun Islam yang kelima. Jika kita berkemampuan, boleh hantar parents pergi haji. Dari dulu lagi impian Tika nak tengok parents Tika pergi haji. Bila dah berkemampuan boleh lah kan.

2.Buat 1 hutan simpanan dekat Malaysia
Disebabkan bumi kita dah makin panas sebab adanya orang tebang pokok, potong gunung dan yang berkenaan, dengan adanya hutam simpanan dekat Malaysia, kita boleh kurangkan atau pun jadikan contoh untuk negara-2 lain. Cuba korang bayangkan, kalau lah satu dunia ni buat 1 hutan simpanan, bumi kita pastinya sejuk.

3.Buat padang bola yang banyak
Kenapa?! Sebab, Malaysia boleh lahirkan ramai pemain bola sepak yang berbakat. Tak kan kita nak mengharap dekat pemain bola kita yang sekarang kan? Dia orang pun nak rehat juga. 

Itu kalau situasi 2. Kalau situasi 1, confirm-2 lah Tika buat laporan polis terus. Tak kan nak masuk akaun terus kan? Makan duit haram tu. Kalau korang pulak, korang buat macam mana? =)

p/s:teringin nak jadi cover majalah macam kak Yuyu Zulaikha . bestnya kalau dapat lepak dengan dia. 

suke ? like n comment je :)

JERAWAT

Assalammualikum...

Siapa sini tak pernah ada jerawat? Menipu lah kalau tak ada. Kalau yang tak ada tu, memang superb lah kulit korang. Jerawat musuh paling utama dekat kulit kita. Lebih-2 lagi dekat muka. Kalau jerawat dah timbul dekat muka, jari ni tak boleh duduk diam. Asyik nak usik je jerawat tu. Ada yang main-2 dengan jerawat, ada yang nampak je jerawat timbul, terus nak picit, ada juga yang "tak nak picit lah. nanti ada bekas pulak dekat muka aku yang cun melecun ni." Mana satu korang? Tika? Tika semua buat. =)

*tau-2 je jerawat aku tengah timbul dekat dagu =) 

Korang yang dekat luar tu tau ke apa punca jerawat kita timbul? Mesti ada yang cakap, "kalau makan kacang, tumbuh lah jerawat. tak pun, muka kita berminyak giler" Mungkin lah betul. Sebab, kita sendiri pun tak tau juga kan punca 'si kecil' ni timbul dekat muka. Nak jumpa doktor pun, mesti malas. =) 

Ni pun Tika baru tau, apa sebenarnya punca jerawat dekat muka kita muncul. Baca baik-2 tau. Nanti boleh share-2 dekat kawans korang semua. 

Faktor harmon terutama untuk perempuan dalam likungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20'an.


Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat, juga memainkan peranan

Penggunaan pil perancang ubat, steroid, vitamin B12. 


Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa sahaja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan stress emosi yang dihadapi setiap hari.


Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar. 


Dah tau kan punca jerawat timbul? Rupa-2nya tak ada kena mengena dengan kacang pun. Mungkin ada sesetengah orang ada alahan makan kacang kesannya, timbul lah jerawat. =)

*sekali makan kacang, tak boleh berhenti wa cakap sama lu 

Semua orang nak kulit yang bersih, sihat dan nampak segar sentiasa. Lebih-2 lagi perempuan. Lelaki pun sama kan. Kalau kulit tak bersih, nanti awek tak nak dekat. Betul tak?! Memang dengar pun korang cakap betul. =D

*muka najwa latif ni bersih, kan? walaupun aku dengan dia sama umur. 
najwa kita geng dengan awak lah. 

"kebanyakkan jerawat akan hilang sendiri jika kulit kita sentiasa bersih dan sihat. Tetapi, sesetengahnya boleh jadi teruk dan kronik. "

Kesimpulannya, kita kena anggap kulit kita ni macam baby. Orang melayu cakap, "Bagai menatang minyak yang penuh" Memang penuh pun minyak dekat muka kita ni. Lebih-2 lagi yang remaja. Macam Tika ni. 

p/s:tika pakai pencuci muka yang mengawal minyak. tapi kan, macam tak ada kesan je. ataupun, tika yang malas guna? O_-




suke ? like n comment je :)

KERJA

Assalammualaikum...

Hari rabu lepas(kalau tak silap) Tika try lah minta kerja dekat GALERI TUDUNG HAJRA. Tika minta dekat situ pun sebab kawan Tika kerja dekat situ and memang ada kerja kosong. *penat jadi big bos dekat rumah.  Act, Tika tak pernah tau minta kerja ni. Kerja sebelum ni pun, kakak Tika yang carikan.(awek abang. tapi dah anggap dia macam kakak sendiri) Malu gila seh minta kerja! Tapi, lama-2 tu ok lah. Kira ni first time lah minta kerja. 

Sampai je sana, jumpa kawan-2 lama sekolah yang kerja dekat situ. Kawan Tika(BAINI) sendiri yang suruh Tika pergi minta. Nasib baiklah si Baini ni tau yang Tika takut nak minta. So, dia suruh kawan Tika(Emilina) cakap dekat satu staff senior yang Tika nak kerja situ. Tika pun ikutlah akak tu pergi atas nak isi borang. Masa tengah isi tu, ada juga lah dia tanya Tika. Biasalah kan orang tanya-2 ni. Dia tanya Tika, sebelum ni Tika pernah kerja ke, macam-2 lah dia tanya. Tiba-2 dia cakap macam ni dekat Tika, "Lagipun dik, uniform kita orang memang banyak" Tika pun cakap, "Ohhh...(sambil senyum)" Boleh lah Tika minta dua kan. Hihihih...

 Lepas akak tu dah tak tanya tiba-2 manager dia orang ada tau. Dia baru keluar dari bilik. Terkejut tu, memang terkejut. Tapi, Tika cover lah kan. Sebelum manager tu turun bawah, dia ada cakap dekat akak tu, macam ni, "Suruh dia masuk 1 hb 3. Dah lambat dah" Tapi, tak tau lah sama ada Tika orang yang dimaksudkan tu. Tika minta kerja pun, memang tengah pertengahan bulan. Kalau dia suruh masuk sekarang mungkin Tika dapat gaji separuh ataupun gaji Tika dia masuk sekali dengan gaji bulan 3. Borang sudah siap diisi. Lepas tu akak tu cakap lagi, "Nanti malam akak call adik lah bila boleh masuk" Tika pun, "Ok." 

Tapikan, sampai sekarang akak tu tak call. Dah 3 hari dah. Entah bila malam dia tu. Sampai mama Tika cakap, "Sabarlah. Kalau tak dapat, cari tempat lain. Kerja dengan mamalah, nak?" Tika pun, "Mama kata nak berhenti." Tengah tunggu ni. Sampai hp Tika tak lepas dari tangan tau. Pergi mana-2 pun bawa je. Sampai nak mandi pun bawa. Tak call juga. Tika memang nak akak tu call awal-2. Supaya, Tika boleh buat persediaan semua. Macam kasut, seluar, tudung yang nak pakai, beg yang nak bawa, semua lah. Baju dia orang sediakan. Warna merah. Ikut badan sikit lah.



 *nanti kalau dapat, kena hafal ni semua. 


suke ? like n comment je :)

KHAWIN MUDA

Asslammualaikum...

Siapa setuju khawin pada usia yang muda? Ada yang setuju dan ada yang tak. Kata orang, khawin muda ni nak mengelakkan dari zina. Tika setuju dengan tu. Lebih baik kita khawin muda daripada kita terus buat dosa dengan pasangan kita. Khawin muda ni kena tau risiko-2nya. Contonhnya, si suami kena bagi nafkah pada isteri. Macam yang orang lain ingat, khawin muda pasa usia belas-2 tahun. 

Kalau kita khawin pada usia belas-2 tahun(si suami umur 18 dan si isteri umur 16), si suami mestilah kena siapkan tempat tinggal, makan, pakaian semua tu lah. Benda-2 ni kan semua tanggungjawab si suami. Tika rasa sebelum parents nak khawin kan anak perempuan mereka pada usia yang muda, dia orang sepatutnya menitik beratkan semau tu. Sama ada jamin masa depan atau pun tidak.

Kalau lah tak nak anak perempuan tu terlibat dengan zina, didik mereka dengan penuh agama dari kecik. InsyaAllah tiada apa yang berlaku. Begitu juga dengan anak lelaki. 

*comelnya pengantin ni

Zaman mak ayah kita juga lah kan. Khawin usia muda. 

p/s:tika pun tering juga khwin muda. tapi nak buat macam mana, belum jodoh lagi. mungkin ada hikmah disebalik semua ni. 

suke ? like n comment je :)

Kenapa Harus Begini Nasib Mereka?!

Assalammualaikum...

Hai semua. Tujuan Tika update blog untuk kita renungan bersama. Tak ada niat nak kutuk atau hina. Bagi yang terasa, Tika minta maaf terlebih dahulu. Masa hari ahad lepas, Tika pergi jalan-2 dengan mama and mak long Tika. Mulanya tak rancang pun nak keluar. Sebab, masing-2 pun belum gaji. Tapi, bila mak long sendiri yang nak jumpa Tika, Tika gagahkan diri juga untuk pergi. Walaupun masa tu memang ngantuk gila lah.

Kami semua pun jalan-2 lah. Sampailah satu kedai tudung M. Macam biasa, kita orang masuk lepas tu tengok-2 je. Bila kita orang nak keluar, ada budak kecik ni. Dari pengamatan Tika budak ni macam budak darjah 3. Yang Tika terkejut, kenapa usia seawal mereka jadi peminta sedekah? Dengan berbekalkan surah yassin yang kecik, budak tu menawarkan kepada mak cik ni. Mak cik ni tak nak beli. Tapi, budak ni paksa juga. Harganya pun terlalu mahal. Bagi Tika lah. RM5 satu. Kalau dekat Mydin, Tika rasa baru RM3 lebih.

Bila budak tu nampak pekerja kedai tudung M, budak-2 tu cepat-2 dia lari. Mungkin takut. Disebabkan budak tu takut, menyebabkan patung jatuh. Bila kita orang betul-2 nak keluar, budak tu ada dalam kalangan kawan-2 dia yang lain. Yang pelik, kenapa budak tu macam tak ada apa-2 yang berlaku. Persoalannya sekarang, adakah kanak-2 itu disuruh bersedekah untuk mereka sendiri atau kepentingan orang lain? 

Tak sepatutnya usia seawal mereka dijadikan 'bahan' untuk mengambil kesempatan untuk kesenangan. Sepatutnya, mereka harus diajar mana yang baik dan tidak. bukannya disuruh minta sedekah. Dalam pada masa yang sama, mama dengan mak long Tika berbicarakan hal yang sama. Dalam bahasa jawa mereka, Tika faham apa yang dibicarakan antara mama dengan mak long Tika. Mak long Tika sendiri nampak yang anak-2 kecil disuruh minta sedekah. Yang menyuruhnya pun ilakah keluarga kandung mereka sendiri. 

Walaupun kehidupan yang kita alami susah, janganlah jadikan anak-2 kecil sebagai 'bahan' untuk mencari kesenangan. Peranan ibu bapa amatlah penting dalam hal ini. Jangan sampai perkara yang tidak diingini berlaku sekelip mata kita. Masa tidak menunggu kita. Masa akan terus berjalan. Tak salah kalau kita nak bersedekah kepada mereka tapi, berpada-2lah. Jangan sampai kita pun tertipu sekali. 

Tika harap kepada mereka yang bertanggungjawab diatas kebajikan rakyat Malaysia lebih-2 lagi yang tak terbela nasib mereka, harap dapat kurangkan beban mereka. :)

suke ? like n comment je :)

Pengalaman Kerja

Assalammualaikum....

Wah, dah lama Tika tak update blog! Ber'habuk' dah blog Tika yang kiut miut ni. You all sihat? Alhamdulilah  kalau sihat. Kita patut bersyukur kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertaubat. Terima Kasih, Ya Allah. Kalian semua mesti pelik kan? Ke mana lah Nurul Atikah ni menghilang? Hehehe... Tak ada masa nak update blog lah. Ye lah. Lepas habis SPM, terus kerja. Mama pun sejak Tika kerja ni, dah tak rajin dah topup broadband Tika ni. Ye lah, tak ada orang paksa.

Apa yang Tika nak cerita ni sebenarnya, Tika nak cerita pengalaman Tika kerja. Walaupun tak lama. But, i still nak share dengan you all. Mana Tika kerja? Adalah.. Hahahaha... Main rahsia-2 pulak Tika ni. Tika kerja dekat "The Gardens Mall". Yang dekat dengan Mid Valley tu. Tau kan? Yang tak tau boleh google lah. Apa lagi kan.

Tika kerja dekat situ sebagai promoter je. Bukannya jadi Gm dekat situ. Hahahaha... Tika kerja dekat situ sebulan setengah je. Sebab, Tika sorang je lah yang faham macam mana dekat situ. Tak nak cerita panjang-2. Nak buka baru. *buka buku baru tapi still nak kongsi jugak

Sejak kerja ni tak ada masa nak lepak dengan kawan-2 Tika. Diaorang pun busy kerja juga. Cuti pun tak sama. Tika kalau cuti kerja, bangun pun lambat. Sebab, nak rehatkan badan yang satu hari berdiri, panjat store. PENAT! Kerja mana yang tak penat? CEO syarikat pun penat juga tau. Walaupun dia orang tu kaya. Hahahahaha.... Merepek sudah. Boleh dikatakan aktiviti Tika berubah 105% sebab Tika kerja. Lagipun, kerja dekat situ duit belanja mahal. Tambang dah atas 5 ringgit. Kalau ada kereta boleh drive ke sana, kan? 

Sekarang ni, Tika duduk rumah je lah. Jadi Big Bos dekat rumah. Hahahaha.... But, sementara je. Minggu depan kalau tak ada aral melintang, start kerja dekat tempat baru. Dekat mana, nanti Tika cerita. Tunggu Tika kerja dekat situ betul-2, baru Tika update lagi.

Walaupun masa kerja Tika tak tengok TV. I mean tak ada lah tengok langsung. Tengok lah juga. Tika tak ada ketinggalan apa-2 tau. Berita yang paling Tika tak percaya ialah, MARIA ELENA DAH KAHWIN. Tika macam "Serius! Dah kahwin?" Pada masa yang sama juga Tika happy lah dekat Kak Maria. Hahahaha... Video dia, blog dia, semua Tika stalk. Pen-stalk sejati Tika ni. Hahahaha...


p/s:
Jangan disebabkan kita terlalu sibuk sangat bekerja, orang-2 yang kita sayang tu kita lupakan. Walaupun penat balik kerja, kita mesti kena nampak happy depan diaoarng. Walaupun masa baru balik kerja tu terus nak ke katil atau mata dah tahap 99% dah nak tutup, tetap layan dia sekejap. Jangan sampai tak layan pulak. :-)

suke ? like n comment je :)