Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

ALHAMDULILAH... REZEKI ALLAH.

Assalammualaikum...

Hai semua! Sihat? Maaf. Dah lama tak update and edit blog Tika ni. Siapa yang batch '95 dekat sini? And siapa yang dapat tawaran ke Tingkatan 6 atau Form 6? Sebelum Tika cerita, korang baca apa yang ada dalam gambar ni. 



Dah baca? So, kawan-2 pun komen lah, macam mana nak semak. So, dengan bantuan Mr.Google kita, Tika pun cari lah. Akhirnya dapat juga lah link nak semak kemasukan tingkatan 6. Masuk nombor ic terus dapat jawapan. Jawapan dia,


Ada lagi satu ni,


Ye, Tika dapat tawaran Form 6. Jurusan Kemanusiaan. Yang Tika tak pernah dengar jurusan. Sebelum Tika sibuk-2 nak semak, kawan Tika ada bagi tau pasal ni. Dia pun dapat juga. Jurusan dengan sekolah pun sama. 2 hari sebelum tu pun, ada kawan Facebook update status pasal Form 6 ni. Dia dapat. So, masa Tika baca tu, Tika rasa dia ni mesti pandai and power lah dalam study. And Tika pun tak terfikir akan dapat tawaran ni. Tika sebenarnya lupa pasal Form 6. Tika sibuk nak masuk poli je. Tu yang Tika lupa tu pasal Form 6. 

Jujur Tika cakap, Tika tak tau nak terima atau tak. Fikir punya fikir bincang punya bincang Tika tak nak ambik. BUT, Tika fikir balik bincang balik, and keputusannya, Tika terima. Sebab, kita tak tau masa depan kita nanti macam mana. Kehidupan kita baik ataupun tidak. Sama ada Tika dapat atau tak tawaran poli atau mana-2 universiti. So, Tika terima lah tawaran ni. 

Alhamdulilah... Allah bagi Tika peluang untuk berjaya dalam hidup and banggakan parents Tika. Harap-2 apa yang Tika buat ni, ada hasilnya. AMIN!

suke ? like n comment je :)

SAMPAI BILA NAK MACAM NI?!

Assalammualaikum...

Hai semua! Sihat ke tidok? Alhamdulilah kalau sihat. Tika pun sihat saja. Rajin Tika update blog pagi-2 macam ni. Tak lah pagi sangat. Baru jam 8.26 pagi lagi. Sorry. Sebab Tika dah lama tak update blog. Sebab, Tika tak ada cerita yang best pun. Ye lah. Tika duduk rumah je. Tak pergi mana-2 pun. Lainlah budak-2 yang sama umur dengan Tika. Dia orang kerja. Tika tak.

Nampak tak tajuk entry Tika kali ni? Hari ni Tika nak luahkan rasa tak puas hati lah. Siapa-2 yang jadi Tika pun, akan rasa tak puas hati juga. Macam ni, korang sendiri tau kan, Tika pernah cari kerja. Kerja yang Tika minta tu tak dapat. Ada satu tempat yang Tika minta tu, dapat. Tapi, lama sangat dia orang nak call Tika. Masa cari kerja ni, Tika dengan kawan Tika. So, kawan Tika tu dah dapat kerja dekat tempat lain. Kalau dia ada, tak pe lah. At least, Tika ada kawan nak lunch. 

Benda yang Tika tak puas hati ni, kenapa dia orang ambik keputusan nak ambik orang kerja lama sangat? 2 atau 3 hari dah boleh buat keputusan. Tak terfikir ke yang orang yang cari kerja ni, memerlukan duit untuk tampung perbelanjaan dia orang? Tika tak faham kenapa mesti ambik keputusan yang lama untuk ambik orang bekerja. 

Kadang-2 Tika terfikir nak buat bussnies online. Macam jual tudung ke. Tapi, bila fikir-2, mana Tika nak dapat modal untuk buat bussnies ni? Mana Tika nak cari 'sumber' barang yang Tika nak jual. Tension juga bila fikir lama-2. Tika pun teringin juga dapat beli yang barang keperluan sendiri. Korang pun sendiri faham kan? Mmmmmm.... Kadang-2 Tika nak je serang tempat Tika minta kerja tu. Tapi, Tika masih berfikiran waras lagi. 

Tika cari kerja ni pun buat persiapan. Mana tau peluang nak sambung study tu, tak ada. So, Tika boleh terus cari rezeki. Dapat bantu family and diri sendiri. Kita semua tak tau nasib kita akan datang nanti macam mana. Kalau kita tau, rasanya semua dah buat persiapan. Last, Tika harap dia orang call lah cepat-2. Sebab, Tika memang betul-2 nak kerja ni. Harap sangat-2 ni. Tika dah bosan duduk rumah. 

suke ? like n comment je :)

PERGI JUGA KAU.

Assalammualaikum...

Hai semua! Title Tika tu macam kasar kan? Padahal cerita yang nak update ni, bukan nak maki hamun orang pun. Ok? Just baca dari awal. Mesti baca dari awalkan? ^^

Cerita yang nak Tika update ni pasal kawan Tika. Bukan kawan Tika sorang je. Dia kawan semua orang. Nama dia BAINI . Dia dah balik Sarawak dah. Sebab? Dia orang Sarawak lah. Mungkin ada lah hal dia tu kena balik. Dia kata mungkin dia akan berbulan-2 dekat sana. Hah?! Berapa bulan tu Baini? Bila Tika dapat tau yang dia akan akan balik Sarawak, agak sedih juga lah. Ye lah. Kita orang kalau ada masalah, lebih-2 lagi pasal BF, memang kita orang je lah yang tau.

Dear Baini,
Aku harap kau dekat sana ok-2 saja. Walaupun kita jauh, tak bermakna kita tak contact. Kalau kau ada masalah, cepat-2 lah mesg aku. Even, kita pernah ada salah faham dulu. Tapi itu semua, kenangan lama. Macam orang cakap, "barang yang lepas jangan dikenang." Aku dah anggap kau macam family aku. Kau lah kawan pertama yang aku ajak tidur rumah aku. Nasib baik katil muat, kan? Hahahaha.... Ingat lagi mula-2 kita rapat? Kalau kau ingat bagi tau aku tau. Aku ingat. Tapi, tak nak bagi tau dekat sini. Rahsia. Hahahaha... Aku harap kau sihat-2 je dekat sana. Balik sini, bagi tau aku dulu tau. Lepas tu aku nak kek lapis. Hahahaha... Penting tu Baini. Jangang lupa aku tau. Bukan aku sorang je. Kawan-2 kita yang lain juga. XD







suke ? like n comment je :)

NASIHAT UNTUK SEMUA

Assalammualaikum...

Sebenarnya Tika tak ada idea nak luahkan apa yang terpendam dekat hati ni. So, dengan menghapdate blog tengah-2 malam ni, maybe ada lah idea timbul macam mana nak luahkan pasal tabiat orang-2 kita ni. Bukan sebab Tika ni keturunan bukan melayu, indonesia sebenarnya. Well, mama dengan ayah Tika orang Indonesia. Bukan Tika nak kutuk atau menyakitkan mana-2 pihak. 

Memang kita tak lepas dari dosa. Kadang-2 kita cakap pun main lepas je tapi, tak perasan apa yang kita cakap tu, menyakitkan mana-2 pihak. Contohnya, kutuk-mengutuk. Kita ambil contoh dari ABPBH hari tu. Memanglah artis-2 semua pakai cantik-2. Artis lelaki nampak handsome dengan suit dia orang. Artis perempuan pun tak kurang cantiknya dengan gaun dan aksesori yang cantik. 

Bila kita nampak artis wanita pakai pakaian yang pelik macam Didie Alias hari tu. Mulalah mulut kita ni 'bergerak'. Ada lah satu blog yang Tika baca. Dia kutuk habis-habisan pasal pakaian yang Didie Alias pakai.  Ok. Memang pelik. Tika pun mula-2 tak kenal bila kamera fokus dekat Didie Alias. Bila dia dinobatkan 'Artis Wanita Komedi Popular' barulah Tika perasan yang tu Didie Alias. Tika tak nafikan pakaian dia pelik. Cuma, agak keterlaluan bila blog yang Tika baca ni dia update macam ni, "Awak tu dah tua bangka. Bawa-2lah bertaubat.". Awak, awak siapa nak tegur dia macam tu? Sepatutnya kita sama-2 doa yang suatu hari nanti, dia akan berubah. Bukannya kita kutuk-2 dia. Lagi satu pasal pemakaian artis wanita yang agak seksi tu. Macam Rozita Che Wan. Ok. Dia memang cantik. Plus kalau kita tengok dari sudut pandang yang positif, Rozita Che Wan sebenarnya berkerja keras demi anak-2 dia. Bukankah kita patut sokong dia? Bukannya kita menjatuhkan diri/maruah dia. Ye, memang dia seksi malam tu. Tak dinafikan. 



So kesimpulan dari entry Tika ni, jaga tepi kain sendiri. Bayangkan macam ni lah, kita suka kutuk orang tapi, kita tak tau orang yang kita kutuk tu perasaan dia macam mana bila tau kita kutuk dia. Faham kan? Daripada kau orang kutuk-2 orang, lebih baik buat kerja amal. Betul tak? So, just smile.

my mom with me. 

suke ? like n comment je :)

HAPPY BIRTHDAY, BOY!

Assalammualaikum...

Ingat tak post Tika yang pasal Hari jadi tu? Ingat kan? Ada lagi birthday boy yang sambut birthday dia bulan April juga. Dia ada Haris. Hahaha... Siapa Haris tu? Dia ada lah, pengerang jantung hati Tika. Cehh! Hehehe... Tak sangka pulakkan yang Tika dengan dia sama bulan. Hahaha... Macam first time je tau. 





Ni dia kek hari jadi untuk awak. Mampu bagi yang ni je. Tak mampu nak beli yang real punya. Tika tak tau nak bagi apa dekat dia. Mula-2 nak beli minyak wangi. Tapi, tak tau pilih yang mana. Lepas tu, kawan Tika bagi idea buat hadiah sendiri. Macam ni idea dia, kita beli satu bekas kosong. Lepas tu, kita tulis dalam kertas warna warni. So, Tika pun setuju terus. Sebab, Tika nak dia simpan.

buat macam ni pun ok juga. buat depan rumah dia.



Ni lah hasil dia. Walaupun tak secantik mana, yang penting niat dah ikhlas yang penting. Untuk pengetahuan kau orang semua, Tika beli bekas tu dekat tempat barang-2 khawin tau. Nasib baik ada jual. Bila dah sampai kedai tu, Tika dah rancang Tika khawin nanti nak macam mana. Hahahaha...

p/s:semua nak warna pink .

suke ? like n comment je :)

HANGOUT PART 1:TIMES SQURE

Assalammualaikum...

Pada 4 April lepas, Tika dengan kawan-2 pergi TS. Semata-2 nak tengok G. I JOE punya pasal. Mula-2 ni plan Baini dengan Tika. So, alang-2 keluar tu, Tika ajaklah beberapa kawan lagi. Mira, Yahya, Farah and Epul. Pergi TS bukan nak tengok wayang je, Baini dia nak shopping. Disebabkan almari Tika penuh, tak dapat lah nak shopping. Tika cuma beli kasut dengan seluar je.

Nih gambar kita orang yang gila. Ni semua gambar lepas edit. Yang tak edit, Tika dah buang. Hahaha. 



Dia orang suka Tika buat muka macam tu. Lagipun, Tika dah lama tak menggila dengan dia orang ni. Maaflah kalau muka Tika meng-annoying kan kau orang semua. Tika kalau pergi TS tak sah kalau tak makan Tutti Fruity. Mesti kena makan juga. Sedap oi! Tapi, disebabkan masa tu tak ada perisa yang Tika nak(coklat) terpaksa lah ambik Coockies and Cream yang rasa macam milo basi bak kata baini. 


Ni lagi satu nak cerita ni. Benda yang Tika tengah berdiri tu, warna purple. Benda tu kalau pijak, dia bergerak. Siapa yang pergi TS tau lah kan? So, walaupun Tika dah pernah pijak dekat situ, perasaan jakun tu tetap ada. Atau bahasa kasarnya, kuno. Hahaha. 

suke ? like n comment je :)

AKHIRNYA, APRIL!

Assalamualaikum...

eh, kek coklat. ada tulisan happy birthday pulak tuh.
siapa hari jadi ni kak tika?

Hai semua! Sihat? Alhamdulilah kalau sihat. Ni dah kenapa entry Tika 'bau wangi kek coklat' ni? Bulan ni kan bulan 4(April). So, birthday Tika bulan ni. Akhir bulan tu. Yeah! Dah nak umur 18. Pejam celik pejam celik Tika dah nak umur 18. Kalau dah umur 18, confirm-2 rasa tangungjawab tu ada. Macam tak percaya je yang Tika dah besar. I mean, tinggi. Hahaha... 

Bulan ni kawan Tika pun hari jadi. Tarikh yang sama pula tu. So masa sekolah dulu dalam kelas, kami digelar 'Kembar'. Walaupun keluarga lain-2. Mama Tika pun bulan 4 juga. 17 hari bulan. So, mama Tika lah sambut dulu. Wow! Ramainya yang hari jadi bulan 4 ni. Bangga pula. *riak 

So, wish Tika bulan 4 ni? Mmmmmm.... Belum ada wish lagi. Tak rancang lagi. Sebab permulaan bulan 4 ni agak baik lah. Antaranya , Tika dengan Dia dah baik dah. Lepas tu, ayah tika bagi Tika duit tau. Sebelum-2 ni Tika je yang minta. Tak pernah ayah Tika bagi duit macam tu je. Wow! Inilah hidup yang diimpikan semua remaja dekat Malaysia ni. Betul tak? 

Siapa-2 yang hari jadi sama dengan Tika tu, Tika ucap Selamat Hari Jadi walaupun bila je hari jadi korang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin. Tika rancang nak sambut birthday dengan BFF Tika. Tika nak ajak diaorang keluar ramai-2, kasih penuh itu satu shopping complex. Hahaha. Kasih meriah sikit. Mesti best en? Hahahaha... Baru rancangan je. Kalau jadi, Tika update story mory lah dengan you all semua! XD 




suke ? like n comment je :)

YEEPIE ! ^^

Assalammualaikum....

Hai semua! Sihat tak? Kalau sihat, alhamdulilah. Dah lama Tika tak update blog. 'Habuk' dah blog ni. Apa yang yeepie sangat tu? Hahahaha... Ada 2. Satu, Tika dapat update blog. Dua, akhirnya impian Tika terlaksana. Hahahaha.... Kita cerita satu-2 dulu. Ok? Kalau cerita semua, penat lah mek! Tak kan nak menghadap lap top je. Hahahaha...

Tika rindu gila dengan blog Tika yang pink ni. Ye lah. Suka duka cerita Tika ada dalam blog ni. Kira macam blog Tika ni husband Tika lah. Tengok, belum khawin dah ada 'suami' tau. Ko ado? Hahaha... Tika dah mula merepek dah ni. Biasa lah. Ter-excited. Macam korang lah juga lah kan. Semua cerita nak update. Putus dengan BF pun nak update. Jangan sedih-2 akak-2 yang baru break tu. Lelaki baik tengah tunggu akak-2 dekat luar sana. Luar mana? Luar hidung. Hahahahaha...

Apa perkembang hidup Tika sekarang? Badan makin berkembang. Mana taknya. Hidup menganggur. Jangan ingat Tika tak cari ek? Tika cari tau. Cuma mereka-2 tu tak call Tika. Sakit hati Tika. Orang pun nak cari rezeki juga. Siapa yang budak lepasan SPM macam Tika ni, faham lah tu. Dekat rumah sekarang ni, Tika cuma kemas rumah je lah. Atau dikenali sebagai 'pembantu tanpa gaji'. Ye lah. Mama, ayah dengan abang kerja. Siapa nak kemas rumah kalau bukan Tika kan? Tak pe. Latihan anak dara. Anak dara kena tau semua ni. 

Cerita yang kedua pulak, akhirnya Tika dapat bela seekor kucing yang tengah mengandung. WAH! Happy gila doh! Macam ni cerita dia, ingat lagi tak cerita 'Mohabbetein' dekat TV2 hari tu? Masa tu, ayah Tika tengah beli barang. Masa otw balik rumah, jumpa kucing yang cute mute ni. So, ayah Tika bawak lah balik. Yang best tu, dia pandai buang air dekat toilet. Tak payah beli pasir. Senangkan? Lagi yang buat Tika geram, kita buat apa dekat dia, dia diam je. Tak mengamuk pun. Tak ada nama pun. Panggil dia just miowwww! Tapi, dia bukan miow, mak. Tak percaya? Tak percaya sudah tak paksa pun. 

suke ? like n comment je :)