Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

Yakin 100%

Assalamuialaikum...

Setelah tika buat kajian banyak kali, kini tika yakin yang tika akan pilih yang itu jugak. Pilih apa? Ok, sebelum tu, tika cerita lah dulu. Sebelum kita semua mula berpuasa, tika pun lupa lah bulan berapa entah. Tika dengan kawan tika, farah pergi lah kaunseling. Masa rehat. Kitaorang pergi pun sebab, tak ada mood nak beratur panjang-2 nak beli makanan. Dengan melihat barisan yang agak panjang, kami memutuskan untuk pergi bilik kaunseling.

Sampai je sana, jumpa cikgu. Act, tak terniat pun nak jumpa cikgu kaunseling tanya pasal sambung belajar. Jumpa je cikgu kaunseling merangkap cikgu bahasa melayu tika masa form 3 terus tanya, "Cikgu, cikgu tau tak u mana yang ada kursus kulinari?" Lepas tu, cikgu tu terus jawab, "mmmmm... Rasanya banyak. Cuba tika cari dekat internet." Tika pun membebel dalam hati, "internet rumah aku, belum bayar. Macam mana?" Cikgu tu pun tanya tika, "Tika minat kulinari ke?" Tika jawab, "A'ah. Tika minat masak-2 ni. Teringin nak buka kedai sendiri" cikgu jawab balik, "bagus lah kalau tika dah ada perangcangan sendiri". Senyum sama-2.

Masa dalam bilik kaunseling tu, cikgu kaunseling bagi satu pamplet pasal politeknik premier. Dekat pamplet tu ada 3 politeknik premier satu, dekat shah alam satu lagi dekat, perak yang last dekat johor. Dekat shah alam dengan perak tak ada kursus yang tika minat. Dekat johor ada. Nama politeknik tu, "Politeknik Ibrahim Sultan"(PIS). Mula-2 tika rasa ragu-2 sangat. So, tika pun buat lah research. 

Mula-2 nak ambik UiTM. Tapi, cikgu seni tika cakap kalau ibu bapa kita tak mampu, ambik poli je. Murah. Tika pun rasa yang family tika tak mampu so, tika ambik poli lah. Lepas tu tiba-2 pulak rasa tak yakin. Tika buat research lagi dan lagi. Buka google, baca pasal politeknik. Lepas tu, baca lagi pamplet yang cikgu tika bagi. Baca dan baca lagi. Lepas tu fikir-2. And dah dapat jawapan. 

Sekarang dengan yakinnya, tika memilih Politeknik Ibrahim Sultan. YEAH!!! Tapi seyakin-2 tika ni, family setuju ke? Jauh tu dari family. Dekat Johor. Pasir Gudang kalau tak silap. Tika pun belum bincang lagi dengan family. Tapi, harap-2 diaorang setuju lah kan.. Aih! Tak sabar pula rasanya. Rasa teruja ni. Hahahahaha... Maybe korang semua belum pernah dengar pasal PIS ni. Tika pun sebenarnya tak pernah dengar juga. *entry lain, tika cerita pasal politeknik ni Ni logo politeknik ni


Kalau korang nak tau lebih lanjut, KLIK SINI *insyallah entry lain tika cerita pasal ni,

suke ? like n comment je :)

Dah Lama

Hello everyone! Assalammuialaikum.. Sebelum tika bercerita, tika nak ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Ya. Tika tau dah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Tapi, apa salahnya kan? Why not? Sebelum tu *ambik penyapu. bersihkan. banyak betul habuk. Ok, let's start. Dah lama tika tak update kan? Yeah, i know. Sebab? Tika sorang je lah yang tau. Lagipun, tak ada banyak cerita. Yang ada belajar belajar belajar *belajar lah sangat Awok-2 semua sihat? Kalau sihat, alhamdulilah. Kita diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas lagi. Bulan-2 puasa sekarang ni mesti penat kan? Dugaan puasa. Kalau tak ada, tak mencabar lah puasa kita, betul tak? Kena banyak bersabar dan banyak-2kan amal ibadah. Dah ada yang shopping raya belum? Ataupun korang dah buat persiapan sebelum puasa? Amboi! Raya sakan lah korang tahun ni. Jangan lupa ek, beli purse dengan wallet besar-2. Senang nak simpan duit raya nanti. Hahahahahah(gelak jahat) Yang tak ada exam tahun ni boleh lah korang enjoy. Yang ada exam ni, lebih-2 lagi yang SPM tahun ni. Lepas raya kita terus trial. OMG! Nak syok boleh. Tapi, berpada-2 lah ye.
suke ? like n comment je :)

The Amazing Spiderman


Semalam baru je tika tengok cerita ni. Best jugak lah cerita ni. Cerita ni lebih kepada sains. Mula-2 tika saja je ajak kawan-2 tika pergi Brem Mall. Lepas tu kawan-2 tika yang nama dia Zairol dia kata jom. Yang paling best dia belanja tengok cerita ni. Hewhew! Satu kepala RM12.00. Zairol belanja 5 orang sekali gus. Best gila lah. Terima kasih Zairol. 5 orang tu termasuk lah Tika, Fatihah, Emilina, Azzuren and Zairol. Yang Azzuren dengan Zairol tu couple. Nasib baik kita orang cepat sampai. Movie ni start jam 3.30. Kita orang sampai jam 3.20. Beli tiket, beli popcorn terus masuk. Masuk-2 je ramai gila orang. Mesti lah kan. Cerita ni hari khamis keluar. Mesti lah ramai. Bila cerita dah habis, semua pakat pergi toilet. Tak tahan! Dekat panggung wayang dah lah sejuk, lepas tu minum air sejuk. Hahahaha...
suke ? like n comment je :)

Perancangan Masa Hadapan

Sekolah Rendah(6 tahun) --- Sekolah Menengah(5 tahun) --- Universiti/Kolej/Politeknik. Perancangan masa depan tika. Kalau dapat PLKN, pergi PLKN dulu baru sambung belajar. Kursus yang tika nak ambik tika nak ambik kulinari. Sebab apa? Sebab tika suka makan n tika suka masak. Walaupun tika jarang menunjukkan skil tika, tapi tika boleh masak sebenarnya. Tika selalu tengok tv yang masak-2. Kalau yang ada astro mungkin tau. Sekarang dekat astro ada "Master Cheff" versi selebriti punya kan? Tika ambik kulinari ni bukan sebab ikut kawan tika, tika memang pilih sendiri. Tak kan nak ikut kawan je kan.. Kena buat keputusan sendiri. Kursus kulinari ni ambik dalam masa 3 tahun(6 semester). Kalau pasal yuran pula, lain tempat lain lah yurannya. Cuma kita kena pilih lah sama ada nak pilih kerajaan punya atau swasta. Tika pun tak tau nak pilih yang kerajaan punya atau swasta. Lagipun tika dengar banyak universiti atau kolej yang menawarkan kursus kulinari ni. Jauh atau dekat lain cerita lah. Tika tak kisah pun jauh ke dekat. Yang penting ilmu yang tika dapat, berguna suatu hari nanti.


Kulinari ni bukan setakat masak je, kulinari ni pun di ajar kan macam mana kita nak uruskan menu kita, meja kita. Macam-2 lah. Gambar dekat atas tu salah satu yang akan di ajar nanti. Ukir buah. Cantik, kan? Rasa tak sabar pun ada juga ni. Mesti korang rasa kulinari ni susah, kan? Belajar mana ada senang. Semua susah. Cuma, bergantung pada diri kita yang nak belajar ke tak.




Nampak 2 kek yang ada dekat atas ni? Sedap, kan? Lebih-2 lagi yang coklat. Yummmy! Kulinari nanti di ajar juga buat pastry and bake. Lepas tika dah habis belajar kulinari ni, tika kerja dulu mana-2 restoran. Lepas tu, kumpul duit. Tika nak buka kedai kek tika sendiri. Insyaallah. Korang pun doa-2kan lah tika supaya impian tika tercapai. amin..
suke ? like n comment je :)