Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

Akhirnya, BEBAS !

Assalammualaikum...

Hai awok-2 yang rajin stalk blog Tika ni. Sihat? Alhamdulilah kalau sihat. Kalau tak sihat, banyak-2lah berehat. Cer teka Tika nak cerita pasal apa? Tika nak cerita pasal, TIKA DAH BEBAS DARI CENGKAMAN SEKOLAH . Setelah 6 tahun belajar dari sekolah rendah, 5 tahun belajar di sekolah menengah dan akhirnya tika dah tak sekolah. Yepppiiiieee!!!

Pada hari Khamis persamaan 29-11-2012 tepat jam 5 petang, Tika dah tak bergelar "Pelajar SMK Segambut" tapi bergelar,"Mantan Pelajar SMK Segambut" Rasa seronok giler wok! Hahahaha... Keluar je dari dewan exam, Tika nyanyi lagu "Selamat Tinggal" nyanyian Zizan Razak dengan Dina. Si Azzuren pun join sekali. Hahahaha... 

Turun je dari dewan exam, budak-2 lelaki semua dah conteng baju. Dengan marker pen, cat air buncho tu. Hahahaha... Macam-2. Ada yang conteng dekat kasut sekolah. Muka pun ada woh! Masa tengah syok-2 buat, pengawas peperiksaan pun turun. Dia orang hanya mampu senyum je. Hahahaha... Sebelum ni tak pernah pun nampak diaorang senyum.

Tengah syok-2 tu, emosi Tika pula lain dari diaorang semua. Rasa sedih tiba-2 datang pula masa tengok gelagat kawan-2 Tika. Tika sendiri pun tak tau kenapa harus bersedih. Baju kawan-2 Tika penuh dengan conteng. Tika je tak. Sebab, macam tak ada mood nak buat semua tu. Tika hanya tengok diaorang je. Senyum pun, senyum macam biasa. Gambar pun tak tangkap.

Masa Tika nak balik, sekali lagi emosi Tika tak stabil. Dekat budak-2 perempuan je tika cakap nak balik. Dekat budak lelaki tak boleh. Sebab, ada SUPER HERO Tika. Nanti dia banyak tanya pulak. 

Akhirnya, Tika dah bebas. Yang pasti Tika akan rindu semua kenangan yang ada dekat minda Tika ni and Tika akan rindu kawan-2 Tika. Bila lah kita dapat gelak sama-2 lagi, kenakan orang, bahan-2 kawan kita? Belum apa-2 Tika dah rindu semua kenangan tu. 

To all my friends, jangan lupakan aku tau? Susah senang kita bersama. Kalau korang ada masalah dengan BF ke, family ke, luahkan lah dekat aku. Aku akan rindu dekat korang semua. Gelak ketawa korang, kegilaan korang, kesedihan korang, kemarahan korang ada dalam ingatan aku and aku akan ingat semua tu. Ada masa nanti, kita lepak sama-2 ek? Kalau dah tukar nombor tu, bagi tau. Jangan tak bagi tau pulak. Ok. Bye-2. ILOVE YOU! :D



suke ? like n comment je :)

Super Hero !

Assalammualaikum...

Super hero? Siapa super hero Tika? Dia adalah Muhammad Haris Bin Wahid. First time ni mention nama super hero kita panjang-2. Biasanya dekat facebook selalu sebut "Capital H". Sampai kawan-2 semua ejek "Capital H". Hahahaha... Kelakar bila ingat peristiwa kawan-2 ejek dengan kenangan kita berdua. Ada yang sweet. Ada yang menyakitkan hati. Ada yang kelakar. Semua ada lah. :)

Ingat lagi masa first time kita main mesg. Hahahaha.... Guna "kau aku" sempoi. Tika hantar mesg dekat dia pun ajak keluar sama-2. Tengok wayang. Hahahaha... Bila difikirkan balik, lucu sangat! Kita duduk sama-2 dalam wayang. Cerita yang kita orang tengok, "Men In Black III" Dalam wayang kita gurau-2. Saya habiskan popcorn awak. Awak cuma cakap, "Dah habis dah? Mmmmm...." Reaksi yang menyenangkan. 

Start dari situ, kita dah mula main mesg. Dari pagi sampai malam. Daripada panggilan "Kau Aku", "Orang" Sekarang ni guna, "Tika Haris" Hahahaha.... Macam-2. Ingat lagi masa first time Tika bagi tau dia yang Tika jatuh, "Haris, aku jatuh doh." Haris cakap, "Padan muka!" Tengok, betapa buruknya perangai awak dulu. But now, awak lain. Awak lebih care pasal saya.

Kalau kita duduk berdua, ada je lawak yang awak buat. Sifat yang menyenangkan. Saya suka sifat awak tu. Ingat lagi saya merajuk dengan awak first time. Sebab, awak sibuk je layan budak-2 tu. Awak pujuk saya dengan gelak Mr.Bean. Tapi, kadang-2 awak pun macam Mr.Bean. Hahahaha... Lepas awak dah pujuk saya tu, kita makan cendol sama-2. Sampai kita kena ejek dengan kawan-2 kita. 

Macam tak percaya kan yang kita tengah couple sekarang ni. Dulu, kalau jalan pun tak tegur. Pandang pun tak. Sekarang, kalau awak nampak saya macam awak nampak "Neelofa" kesayangan awak tu. Kawan-2 kita pun macam tak percaya. Kenapa lah kita couple tahun-2 akhir ni. Kenapa tak dulu-2. Kalau dulu lagi , mesti saya happy. Happy sebab dapat tengok Mr.Bean Malaysia. Hahahaha....

Rasa sayang, rindu dengan cinta mula berputik pun saya tak tau. Perasaan tu datang secara tiba-2. Kata-2 manis awak terhadap saya, membuatkan saya rasa hanya awak dengan saya je dekat dunia ni. Terlalu istimewa. Tapi, bila awak dah merajuk, susahnya nak pujuk awak. Mesg tak reply. Call tak berjawab. Sakit hati gila bila awak ignore saya macam tu. 

Bila awak dah buat macam tu, saya rasa sunyi. Kadang-2 makan pun tak, tak terurus langsung keadaan saya. Mungkin awak nampak saya happy dekat sekolah. Padahal, hati ni saya dengan kawan yang dekat je tau macam mana. Saya pura-2 happy sebenarnya sebab saya tak nak awak risau. Tapi, saya tengok awak pun macam tak pedulikan saya. Saya pun malas nak ambil tau. So, saya biarkan je lah awak.

Bila awak dah sampai tahap macam tu, ego awak pun tinggi. Saya tak suka lelaki ego. Bukan saya seorang je. Semua perempuan dalam dunia ni pun tak suka. Ada sampai satu tahap tu saya dah putus asa gila nak pujuk awak. Sampai saya malas nak call dengan mesg awak. Tapi, saya tak boleh. Sebab, saya terlalu rindukan awak. 

Sekarang ni, kita dah berbaik YES! Suka sangat. Suka memang suka. Tapi, kita cuma dapat 2 hari je jumpa. Lepas ni, tak tau jumpa ke tak. Saya dengan hal saya, awak dengan hal awak. *oh shit! kenapa aku sedih? 

Ok, now dah tak payah nak sedih-2. Macam kita tak boleh main mesg je. ILOVE YOU!

suke ? like n comment je :)

Kahwin !

Assalammualaikum...

Hari ni(25-11-2012) Tika pergi kenduri dekat rumah kawan Tika. Kakak dia bersanding. Cantik kakak dia. Suami dia pun handsome. So, sama padan lah. Bagai pinang di belah dua. *betul ke peribahasa aku ni Ingat nak pergi awal tadi. Kalau dapat pergi awal, balik pun awallah kan? Tapi, lain Tika rancang, lain jadinya. Hahahaha... Rancang nak pergi jam 12:30 dengan kawan Tika (Baini). Tapi, kawan Tika lagi satu(Azzuren) ajak pergi sama-2 lepas zohor. So, tika pun on je lah kan. Pergi ramai-2 pun best juga. 

Mula-2 tika ambik si kecik Baini dulu. Then, baru pergi rumah si cantik Azzuren. Masa otw nak pergi rumah Azzuren tu, si Baini ni dia cerita pasal si jantung hati dia tu. Baini ni perangai dia kalau cerita, memang tak ada 'lampu merah' Laju gila. Nasib baik tika faham apa yang dia cerita tu. Masa dalam kereta nak pergi rumah Azzuren tu mama tika cakap macam ni, "Lajunya si Baini ni cerita. Mak cik nak tangakap apa yang kamu cerita tu pun, tak dapat. " Tika dengan Baini, cuma boleh gelak-2 je lah dekat belakang.

Sampai je dekat rumah Azzuren, Tika dengan Baini rasa was-2. Mana satu lorong rumah Azzuren ni? Kita orang keluar masuk lorong je. Hahahaha... Kelakar giler kot! Akhirnya, sampai juga rumah Azzuren ni. Sampai je rumah Azzuren, salam mak dia. Lepas tu, tunggu dia ambik beg dia. Then, terus pergi. Sebelum kita orang pergi rumah orang kahwin, kita orang pergi dulu rumah Emilina. Sampai je rumah dia, dia tengah siap-2. Tak apa lah. Tunggu lah sekejap. Dapat angin kipas. Lepas dia dah siap tu, baru kita orang pergi rumah orang kahwin.

Masa otw nak pergi rumah orang kahwin atau pengantin*bak kata si Azuzuren, dengan cuaca panasnya, Si Azzuren boleh pulak dia buat lawak bodoh dia tu. Kalau jumpa bangla je, mesti kita orang akan cakap macam ni, "Weh, Zurin! Pakwe kau tunggu tu." Lepas tu, gelak sama-2. Hahahaha... Kalau dengan Azzuren ni tak pernah tak senyap. Asyik nak gelak je. Boleh pulak depan masjid dia cakap macam ni, "Weh! Jaga adab. Depan Tanah Suci ni." Lepas tu gelak. Tu je lah kerja kita orang. Hahahahaha...

Sampai je rumah orang kahwin, kita orang terus cari kawan kita orang, Nabila. Mesti korang pelik kan, berapa banyak kawan tika kan? Hahahaha.... That's me. Ok, balik ke cerita. Nabila suruh kita orang makan dulu. Tapi, kita orang cakap nanti lah. Sebab meja makan penuh. So, kita orang pun duduk dalam. Duduk dalam, dapat angin kipas yang menyejukkan badan sikit, boleh lah. Janji sejuk. Duduk dalam nampak lah budak-2 kecik main 'sep-3'. Kita orang pun pandang je. Kelakar pun ada juga. Bila kita orang semua pandang, budak-2 tu pun jadi malu. Terus keluar. Hahahaha... Kesian dia orang. Lepas tu, si Baini ajak makan. Tak tahan katanya. Lapar sangat. Apa lagi, jom lah serang makanan. Keluar dari rumah Nabila, tengok sesi 'photoshoot' pengantin. Cantik! Warna pink pulak tu. I like! Lepas dah tengok tu, kitaorang pun makan. Dah makan, tangkap gambar. Macam biasa lah. Remaja kan suka tangkap gambar. 

Lepas dah siap semua tu, Azzuren ajak pergi rumah si jantung hati dia pulak. Tika pun on je lah. Dapat minum air lagi. Masa otw nak pergi rumah Zairol(jantung hati Azzuren), kita orang tangkap gambar dulu. Hahahaha.... Macam-2 gaya yang ada. Paling best, tiba-2 ada mamat bangla belakang kita orang. Hahahahaha.... Dia pun nak tangkap gambar juga rupanya. Lepas dah siap semua tu, kami teruskan lagi ekspedisi kami ke rumah Zairol ni. Panasnya cuaca hari ni. Sebab tu haus memanjang. Sampai rumah Zairol, kita orang dapat air! Air sirap. Lega sikit tekak. Lepas tu si Azzuren boleh pulak ajak masuk hutan. Dengan pakai baju kurung, baby shoes. Reda je lah hutan tu.

Masa nak pergi hutan tu, ada satu sungai ni. Kitaorang kena melintas lah sungai tu. Guna jembatan kayu. Sampai je turn Baini dengan Tika nak melintas, tiba-2 ada satu pokok nak tumbang. Ya Allah! Betapa cuaknya Tika dengan Baini. Masa dah nak tumbang tu, Tika dengan Baini cepat-2 pergi. Sampai kaki Tika luka. Pedih! Nak tak nak, kena lah pergi juga hutan tu. Dengan nyamuk banyak. Serangga lagi. Rimasnya! Pergi hutan sebab nak tengok sungai. Itu je tujuan sebenarnya. Masa nak pergi sungai, SEKSA gila. Naik turun bukit. Penat-2. Sampai je sungai, Tika terus duduk dekat batu. Tak dapat nak main air sungai. Takut pedih. Tengok je lah kawan-2 Tika main air.

Balik dari hutan, pergi rumah Zairol lagi. Minum air lagi. Lepas tu, si Baini ni boleh pula main carrum dengan super hero dia. Ajak main, macam boleh kalahkan orang je. Last-2 dia kalah, super hero dia menang. Dah main semua tu, Tika ajak Baini balik. Penat gila. 

Ni gambar-2 kita orang yang mengedik tak tentu pasal.


Ni lah pengantin tu. Cantikkan?
(Dari kiri: Azzuren, Baini, Tika dengan Emiliana)

Yang baju kurung warna pink tulah Nabila. 
Periang orangnya. :)






Apabila si kecik nampak kamera, ITULAH DIA!

Yang ni pulak masa otw, nak pergi rumah Zairol. Check it out bebeh!

Nampak tak dekat belakang sekali? :D



Sore eyes. Dengan si kecik Baini.

 Kenapa pulak si Azzuren ni? :O

Dengan Emilina dan Baini. Muka Baini.









Belasah Baini! 

 Dia bagi bunga untuk saya. :)



Dekat bawah ni, gambar dalam hutan. :)

 Kegilaan mereka di hutan. :D






suke ? like n comment je :)

Takut Facebook.

Assalammualaikum....

Tujuan tika update entry tika, tika nak kongsi pengalaman tika. Percaya tak tika pernah ada rasa takut tahap paling tinggi nak buka facebook? Percaya atau tidak bukan itu isunya nak dikongsi dengan kalian semua. Kenapa tika takut nak buka facebook? Sebab, melalui facebook, tika dapat tau yang mantan pacar tika ada awek lain. Bukan sekali. Tapi, dua kali. Yeah. Tak dinafikan memang sakit hati ni, hanya ALLAH SWT je yang tau sakit macam mana. Macam mana tika boleh tau? Ada satu masa tu, dia on9 facebook dia. Then, tika tanya dekat dia, "nak check facebook awak boleh?" Dia kata, "boleh". So, hati tika tergerak yang tika nak tengok old previous chatting dia. Bila tika buka, tika nampak satu conversation between he and a girl. So, tika buka lah. Bila tika tengok and baca sekali, tika tergamam seketika. Kaku pun ada juga. Then, tika tanya dia. "apa benda ni?" Dia dengan selambanya jawab "Boleh tau kan apa benda tu." Tika pun balas balik, "ye, saya tau. tapi, kenapa more like boyfriend and girlfriend?" Dia cakap, "kita orang kawan je lah. saya jumpa dia pun masa kem muzik dekat Sekolah SB." Tapi, tika tau. Jawapan dia TIPU. So, tika minta break. Tika tak boleh nak cerita panjang-2. Takut nanti terbuka aib orang. Itu cerita pasal 'KES CURANG' yang berlaku dialam digital ni.

Now, cerita lain pulak. Pernah satu ketika dulu, sepupu kepada mantan pacar tika(orang yang sama), 'hentam' tika habis-habisan dekat facebook.Dia kutuk tika macam-2. Tika ni, hodoh, bau busuk, lelaki tak nak dekat dengan tika, and bla bla bla. Menyakitkan hati. Lepas dia dah dah cakap macam-2, dia ambik link profile facebook tika, dia post dekat status dia, lebih kurang macam ni lah,
"Minah ni dan buat taik dengan aku. Dia ingat dia tu hebat sangat ke? Muka macam m****t, ada hati nak jadi budak "HOT" and bla bla bla"
Masa dia buat macam tu, tika tak tau lagi. Dia hantar IM dekat tika. Dia cakap macam ni,
"Weh, minah! Cuba kau tengok dekat fb aku. Tak sangka aku. Ramai juga orang yang komen. Tu lah kau. Dah buat taik dengan aku. Sekarang rasakan pembalasan dari aku."
Bila tika tengok, mulut tika hanya boleh terlopong. Pada masa yang sama juga, ramai budak-2 dari friend list dia add tika. Tapi, tika tak approve. Tika buka profile satu-2, tika terus block. Masa tu, tika rasa keseorangan sangat-2. Tak tau nak mengadu dekat siapa. Semua benda yang berlaku ni, tahun lepas.

Lepas semua benda ni berlaku, tika rasa trauma sangat-2 nak buka facebook. Tika hanya duduk diam dekat rumah. Tengok tv, makan, tidur. Itu je lah yang tika buat. Rasa takut tika terhadap facebook, hilang secara perlahan-2. Tapi, sekarang ni pun tika rasa takut. Macam entry tika yang lepas. Hubungan tika dengan super hero tika, tengah tak stabil sekarang ni. So, tika takut kalau tiba-2 dia ada girl lain tanpa pengetahuan tika. Dia senyapkan diri dia. Tika call, tak berjawab. Mesg pun sama. Tak tau nak buat apa lagi dah.

Jujur tika cakap, tika seorang yang sangat protect hubungan tika and tika memang seorang perempuan yang kuat cemburu. Tika tak boleh tengok pakwe tika dekat dengan perempuan lain. Walaupun, itu kawan dia. Yeah. Tika ada sifat negatif. Yang memang tika tak boleh buang sifat tu. Setiap masa, tika akan stalk profile facebook dia. EVERYDAY! Tak pernah miss.

But now, i have account twitter. Dekat twitter ni lah, tempat tika mengadu apa yang tika rasa. So sekarang ni, tika obses dengan twitter. Tak tau macam mana boleh jadi obses sampai macam tu sekali. Setiap saat, minit, jam asyik nak tweet je.

So, kepada abang-2, kakak-2, adik-2 yang tengah couple tu, jaga lah hubungan korang semua. Maruah pun kena jaga juga. Hargailah orang-2 yang sayang dengan korang semua. Jangan pernah sakiti hati orang-2 yang korang sayang tu. Lebih-2 lagi hati seorang wanita. Hati seorang wanita amat lembut dan wanita adalah insan yang begitu kuat ketika menghadapi ujian dari yang Maha Esa. Jangan anggap kami wanita, kaum yang lemah. Bila kami dah bertindak, lelaki pun boleh hancur. TAKE A NOTE!

suke ? like n comment je :)

Macam Ni Ke Pengakhiran Kita?

Assalammualaikum....

Now, nak sedih-2 dengan blog tika. Tak semestinya blog tika seceria orangnya. Entry kali ni agak sedih. Sedih bagi tika dengan kawan-2 tika lah. Terus terang tika cakap, kalau korang tak nak baca tak apa. Tika tak kisah. Siapa nak baca cerita cintan monyet ni kan?

Nampak tak tajuk dekat atas? Nampak kan? Hubungan tika dengan 'super hero' tika sekarang GOYAH. Perangai dia bila dah marah dengan tika, call, mesg tak kan berjawab. Tika lah yang rajin call dengan mesg dia. Mesg pun benda yang sama je. Nak selesaikan masalah. Tapi, dia degil. Kalau dia on9 facebook pun, dia off9 kan chat dia tu. Allah je lah yang tau macam mana sakitnya hati tika dekat dia.

Dekat sekolah bila nak selesaikan, dia tak nak. Kalau macam ni je, bila masa dapat selesaikan masalah. Tiba-2 tika teringat hubungan tika dengan dia masa Form 1. Dia tiba-2 senyap. Macam hilangkan diri. Kira macam gantunglan hubungan kita orang masa tu. Buat haluan masing-2. Siapa nak kan hubungan gantung macam tu. Semua orang tak nak. 

Semua kawan-2 tika menasihati tika *ceh! ayat Slow talk denga dia pun tak berkesan. But, tak berkesan lah. Means, dia tak nak face to face dengan tika. Sebab apa pun tika tak tau. Mmmmmm.... Susah juga orang lelaki ni rupanya. Tapi, kadang-2 lelaki ni senang nak jaga, susah nak jaga. Pelik-2. 

Tika cuma nak cakap dengan dia satu je,

"Cepat awak bagi tau apa masalah awak antara saya atau benda yang awak tak puas hati, cepatlah kita buat keputusan. Sama ada keputusan tu, teruskan hubungan kita atau putus. Saya tak nak kita berdiam diri tanpa apa-2 keputusan." 


suke ? like n comment je :)

New Look!

Assalammualaikum...

Hai korang semua! Blog tika berwajah baru. Hahahaha... Dah lama tak edit blog. So, ambik kesempatan lah tika ni. Amacam blog tika? Ok? Mesti korang pelik kan, tika asyik warna pink je. Hahahaha... Tika dengan warna pink memang tak boleh pisah. Pink dah sebati dalam hidup tika. Sekarang ni tika minat warna Orange pulak. Sebab? Adalah. Hahahaha... Jeng-3!

Background tika polka dot and sekali lagi, warna pink. Mana tika dapat? Tika "Google" lah. Mana lagi kan. Ok. Masa cari background blog ni, teramat lah susah. Pening otak nak pilih mana satu. Last-2 pilih lah yang polka dot ni. Tika rasa tika dah pernah guna background ni. Tapi, pakai je lah. Malas nak cari. Nak kena search sana sini. Ponat lah!

Apa lagi, tika dah tukar lagu. Lagu korea. Sekali lagi, tika dengan k-pop memang tak boleh pisah. Tajuk lagu yang tika guna ni, "IN YOUR EYES" Siapa nyanyi? Onew. Ala, korang buka je lah youtube. Mesti dapat cari punya. First time tika dengar lagu ni, tika tengok cerita "TO THE BEAUTIFUL YOU" yang dulu ada dekat channel astro yang khas untuk korea sahaja. Channel "ONE HD" Siapa ada astro b-yond mungkin tau lah. 

Cursor! Lawa + comel kan? Hahahaha... Nak juga pujian ni. Ni lagi satu. Pening nak pilih mana. Mula-2 ingat nak pilih yang misai tu. Tapi, dah biasa orang guna kan.  So, tika pilih lah cursor yang ni. Sekali lagi warna pink. Penat korang kan, asyik dengar warna pink je. Hahahaha.... Sabar lah ek? Remaja. Kena lah faham. Hihihihi...

Apa lagi tika tukar ek? Mmmmmm.... Hah! Tika tukar lebar blog tika. Sebab, tika memang suka nak lebar-2 kan blog ni. Apa korang cakap, hobi? Boleh lah hobi. Banyak tika tukar sebenarnya. *banyak ke? Korang tengok lah sendiri dan nilai sendiri. 

suke ? like n comment je :)

Tak Tahan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Sihat? Bagus lah kalau sihat. Sekarang ni tika di landa sakit tekak. Hayyo! SPM pun tak habis lagi, sudah sakit. Tengah memperbanyakkan/rajin minum air masak yang memang bukan fav tika. Back to the story. Apa yang tak tahan tu? Tika tak tahan untuk update cerita dekat blog ni ha. Jari-2 tika ni dah 'gatal' nak pegang key board ni. Dengan bersekang mata, update lah juga.

Tika update ni bukan nak cerita apa yang terjadi dekat tika sebelum bermulanya budak-2 SPM pergi ber'perang', tika nak cerita lain lah. Cerita? Tika pun tak tahu. :D Ala. Korang bacalah sampai habis. Mana tau, ada inspirasi ke? Kan? "Eh, tika! Kau update tengah malam-2 buta macam ni, dah habis paper ke" Belum lagi lah. Tika habis 29-11-2012(Khamis) Seni kertas 2. Lepas tu, FREE! :D

Tika banyak nak cerita ni. Tapi, lepas SPM ye tika cerita. Cerita sekarang macam tak best je. Lepas SPM nanti ek. Angka giliran tika WL061A035. Hahaha. *tiba-2 sebut angka giliran Sekarang ni tika tengah cuti seminggu dari SPM ni. That's why lah. Jari ni tak reti nak duduk diam. Lepas cuti seminggu, SPM menanti sekali lagi. 

Kalau boleh lah kan, tika nak undur masa. Tika nak buat balik semua paper. Macam tak puas hati je dengan jawapan yang tika bagi. :'( Nak buat lagi! Dalam dewan peperiksaan tu, tika duduk depan. Means, tika boleh tengok Ketua Pengawas dari dekat. Seram? Tak pun. Muka dia macam mak kawan tika. :D Last paper hari tu, Matametik Kertas 1 dengan 2. Yang paling best, masa dapat Kertas 2, tika rasa seronok. Act, Maths bukan lah subjek kegemaran tika. Maybe sebab, tika banyak fokus kertas 2 kot. Maybe lah.

Dekat dewan peperiksaan tu, kita orang semua bawa gula-2. Sebab, di benarkan makan. Tika ni jenis orang yang cepat mengantuk walaupun cepat tidur. Ini boleh dikatakan satu keberuntungan lah. Dalam dewan tak bolehh tidur kan? Tika tidur juga. Ngantuk! Lebih-2 lagi kalau ada paper masa petang. Terasa ngantuknya puns! 


suke ? like n comment je :)

SPM 2012

Assalammualikum...



Wah, dah lama tika tak update blog. Tika pun on9 dalam hp je sekarang ni. Ni pun mama tika baru je top up broadband. So, ambil kesempatan lah kan.. :D Tika pun sibuk study. *study lah sangat Back to the story. Nampak tajuk dekat atas? Yes! SPM 2012 telah pun bermula pada hari ni bersamaan dengan 05-11-2012. Dimula kan dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 1.

Tika banyak nak cerita sebenarnya ni, Majlis Graduasi yang tika tunggu-2 tu, Majlis Restu. Banyak sebenarnya. Tapi, masa tak diizinkan. Tika kena study untuk exam esok. Lepas SPM nanti, tika cerita semuanya. Ok? Cuma tika minta, doakan tika ek? Supaya lancar jawab exam nanti. Terima Kasih. :D

Nanti entry yang akan datang, tika nak cerita pasal ni jugak. :D

suke ? like n comment je :)

Benda Yang Paling Aku Nak Sangat

Assalammuialaikum...
Wah! Dah lama tak update blog. Sebab? Internet lambat. Macam kura-2. Never mind. Hari ni tika nak cerita pasal 'benda' yang tika nak sangat-3. Iaitu, kucing. Kenapa? Sebab dia comel lah. Tak tahan tengok. Kadang-2 rasa nak cubit-2 je kucing tu. Hahahaha... Tika memang nak sangat kucing. Lebih-2 lagi, kucing parsi. Pppeerrrggghhh! Dah lah bulu dia lebat kan. Dengan gebu lagi. Memang comel gila.


Siapa tak suka dengan haiwan kesayangang Nabi Muhammad S.A.W ni? Tapi kan, kalau korang perasan manusia di beri otak dengan akal. Haiwan pun sama ada otak tapi tak ada akal. Haiwan yang tak ada akal pun sayangkan anak, apa lagi kita? Ada yang sanggup buang tu. Kalau tak nak bagi tika. Mama tika pun cakap macam tu. ^^


Korang nampak kecomelan kucing tu? Rasa nak 'sepak-2' pun ada kan? Geram sangat. Eeeeiiiii..... Bila lah tika boleh bela kucing ni? Macam yang mama tika cakap "Tunggulah adik dah kerja nanti." Entah bila lah tika kerja kan? 

suke ? like n comment je :)

Sambut Raya Sampai Malam :O

Assalammuialaikum....

Semalam tika sambut raya dengan kawan-2. Dari jam 12.00 tengah hari sampai 10.00. malam. Mak aih! Tak pernah tika sambut raya dengan kawan-2 sampai malam. Tahun lepas pun, sampai petang je. Mana taknya! Pergi rumah jauh-2 dulu lepas tu tunggu bas lagi. Hayooo! Lepas pergi rumah yang jauh-2, kami teruskan 'penggembaraan' kami ke Segambut Dalam. A'ah. Segambut Dalam yang banjir hari tu. Tapi, semalam tika pergi dah ok dah. Cuma, rumah dia orang still tak kemas lagi-2. 

Pergi raya, mesti lah asyik makan je kan. Kita orang makan, makan, makan dan makan. Perut pun dah kembung sebab banyak air masuk. Kalau masuk angin, keluar asap ok lah lagi. Bhahahahaha.... Perut kita orang semua air ada. Cakap nak air apa, air oren ada, sirap ada, ribena pun ada. Kawan-2 tika semuanya dah kenyang. Tika tak kenyang-2 juga. Bertuah punya perut. Apa lagi yang nak di makan. Macam-2 makanan ada. Laksa, bihun goreng, nasi ayam, mi kari. Pppeeerrrggghhhh! Tak kenyang-2 jugak. Sebelum tika pergi raya dengan kawan-2, tika dengan baini makan kfc dulu. Sebab, baini dah lapar sangat. Apa lagi, layan kfc dulu lah.

Jom layan-2 gambar kita orang yang beraya sampai malam. :D












suke ? like n comment je :)

Girls Day Out :D

Assalammuialaikum....

 klik picture untuk lebih jelas.

klik picture untuk lebih jelas

Korang nampak perbualan antara tika dengan baini? Hahahahaha... Time tu memang kita orang tensions gila dengan bf masing-2. So, apa lagi keluar lah jawabnya. Kita orang kalau jumpa, kalau tak gelak, tak boleh. Asyik gelak, gelak, gelak dan gelak. Lebih-2 lagi si baini ni. Susah nak berhenti kalau gelak. So, kita orang pergi lah ts. Ada 5 orang 'rombongan cik kiah' nak pergi ts. 3 orang lagi tu, kawan kita orang. 

 Yang tengah tu baini. Tepi tu pulak fathiha.

 Yang baju putih sebelah tika tu, Shikin nama dia. 
Tepi baini pulak, Azureen. Kakak pada Shikin.



 Terserlah ketinggian aku. :D


















Boring? Memang ada boring. Bila tunggu monorail dengan bas. Bila dah boring tu, apa lagi tangkaplah gambar. :D

Bila dah bosan, macam ni lah jadinya. Hahahahaha....

suke ? like n comment je :)

Kamu Dah Lain

Assalammuialaikum....

Hari ni tika nak sedih-2. Raya pun nak sedih? Apa lah tika ni. Entry maybe agak jiwang lah. Tapi, nak tak nak tika nak luahkan juga dekat blog tika ni. 

Kenapa awak dah berubah ek? Dulu, kalau mesg saya, saya dapat rasa kasih sayang awak hanya melalui mesg saja. Sekarang, awak mesg dengan saya macam awak mesg dengan kawan awak je. Kalau saya hantar mesg "mmmmmm..." awak biasa balas "kenapa ni?" sekarang cara awak balas, "asal?" macam nak cari gaduh pun ada. menyakitkan hati pun ada.

Dulu, kalau saya on9, awak pun on9 kita chatting sama-2. Sekarang, saya on9, awak on9 awak buat bodoh je. Tak tegur saya pun. Saya ada buat salah ke? Atau awak ada buat salah tapi, awak tak nak mengaku. Entah lah. Dulu, awak selalu mesg saya. Sekarang, macam nak tak nak je mesg saya. Mesg pun benda yang menyakitkan hati.

Dulu nama facebook awak, awak letak "Capital A" Sekarang, mana nama tu? Hilang macam tu je. Sejak awak balik kampung awak, awak 100% berubah. Atau awak dah jumpa "Si Dia" a.k.a pengganti saya? :'(


Awak buat saya macam dalam gambar ni. Awak ingat senang ke seorang perempuan nak maafkan seorang lelaki yang dah luka hatinya. Awak pun tau kan saya macam mana. :'(

suke ? like n comment je :)

RAYA! RAYA! RAYA!

ASSALAMMUIALAIKUM




Selamat hari raya! Yahoo... Setelah 1 bulan berpuasa, akhirnya raya datang pun. Sebelum tu, tika nak minta maaf dekat para pembaca dan followers tika yang terasa dengan entry-2 tika dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tak terniat pun nak buat macam tu. Kalau tika ada terlanjur kata dalam entry-2 tika, tika minta maaf sekali lagi.

Untuk kawan-2 tika pulak, korang aku minta maaf kalau dalam gurauan aku tu kasar bagi korang semua. Kalau ada terlanjur kata ke atau kata-2 yang mengguris hati korang semua aku minta maaf. Tak terniat pun nak buat macam tu. Kadang-2 kita tak sedar yang kita ada buat silap. :)

Untuk family, adik ika nak minta maaf. Kalau adik ada meninggikan suara, masam muka dekat mama dengan ayah, asyik melawan cakap je adik ika minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. :)

Untuk Capital H, saya minta maaf dekat awak ek. Saya tau yang kita baru couple tapi mungkin saya ada buat kesalahan yang mungkin mengguriskan hati awak, kata-2 saya yang menyakitkan hati awak saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya harap hubungan kita kekal sampai akhir hayat :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

suke ? like n comment je :)

Yakin 100%

Assalamuialaikum...

Setelah tika buat kajian banyak kali, kini tika yakin yang tika akan pilih yang itu jugak. Pilih apa? Ok, sebelum tu, tika cerita lah dulu. Sebelum kita semua mula berpuasa, tika pun lupa lah bulan berapa entah. Tika dengan kawan tika, farah pergi lah kaunseling. Masa rehat. Kitaorang pergi pun sebab, tak ada mood nak beratur panjang-2 nak beli makanan. Dengan melihat barisan yang agak panjang, kami memutuskan untuk pergi bilik kaunseling.

Sampai je sana, jumpa cikgu. Act, tak terniat pun nak jumpa cikgu kaunseling tanya pasal sambung belajar. Jumpa je cikgu kaunseling merangkap cikgu bahasa melayu tika masa form 3 terus tanya, "Cikgu, cikgu tau tak u mana yang ada kursus kulinari?" Lepas tu, cikgu tu terus jawab, "mmmmm... Rasanya banyak. Cuba tika cari dekat internet." Tika pun membebel dalam hati, "internet rumah aku, belum bayar. Macam mana?" Cikgu tu pun tanya tika, "Tika minat kulinari ke?" Tika jawab, "A'ah. Tika minat masak-2 ni. Teringin nak buka kedai sendiri" cikgu jawab balik, "bagus lah kalau tika dah ada perangcangan sendiri". Senyum sama-2.

Masa dalam bilik kaunseling tu, cikgu kaunseling bagi satu pamplet pasal politeknik premier. Dekat pamplet tu ada 3 politeknik premier satu, dekat shah alam satu lagi dekat, perak yang last dekat johor. Dekat shah alam dengan perak tak ada kursus yang tika minat. Dekat johor ada. Nama politeknik tu, "Politeknik Ibrahim Sultan"(PIS). Mula-2 tika rasa ragu-2 sangat. So, tika pun buat lah research. 

Mula-2 nak ambik UiTM. Tapi, cikgu seni tika cakap kalau ibu bapa kita tak mampu, ambik poli je. Murah. Tika pun rasa yang family tika tak mampu so, tika ambik poli lah. Lepas tu tiba-2 pulak rasa tak yakin. Tika buat research lagi dan lagi. Buka google, baca pasal politeknik. Lepas tu, baca lagi pamplet yang cikgu tika bagi. Baca dan baca lagi. Lepas tu fikir-2. And dah dapat jawapan. 

Sekarang dengan yakinnya, tika memilih Politeknik Ibrahim Sultan. YEAH!!! Tapi seyakin-2 tika ni, family setuju ke? Jauh tu dari family. Dekat Johor. Pasir Gudang kalau tak silap. Tika pun belum bincang lagi dengan family. Tapi, harap-2 diaorang setuju lah kan.. Aih! Tak sabar pula rasanya. Rasa teruja ni. Hahahahaha... Maybe korang semua belum pernah dengar pasal PIS ni. Tika pun sebenarnya tak pernah dengar juga. *entry lain, tika cerita pasal politeknik ni Ni logo politeknik ni


Kalau korang nak tau lebih lanjut, KLIK SINI *insyallah entry lain tika cerita pasal ni,

suke ? like n comment je :)