Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

YOU

Assalammualaikum...

Who is 'YOU'? 'YOU' is who? 
Dah mula merepak dah Tika ni. Selalunya tak pernah pun update blog guna bahasa antarabangsa ni. Tapi, betul lah. Tika nak update pasal 'YOU'. Tapi, siapa 'YOU' yang Tika maksudkan? 'YOU' yang Tika maksudkan lelaki yang dekat luar sana. Kecuali yang dah berkhawin, yang dah bergelar ayah dan yang dah tua. *atuk-2 lah 

Kenapa ada sesetengah lelaki kalau gaduh dengan girlfriend tak nak mengalah? Kenapa? Nak tunjuk keegoan korang ke, nak tunjuk yang korang ni pantang dicabar ke, atau apa? Jujur Tika cakap, my boy macam tu. Setiap kali kita orang gaduh, dia mesti tak nak mengalah. Kena Tika juga pujuk dia. Bukannya sekali. Tapi, banyak-3 kali. Sampai satu tahap tu, Tika dah fed up dengan dia. Senang cerita bosan lah.

Ada pula sesetengahnya, caring, romantic dan yang seangkatannyalah. Lelaki yang jenis macam ni, perempuan mana yang tak nak kan? Lelaki-2 yang macam ni ada dalam novel, tv atau bayangan kita je. Realitinya, 1 dalam 1000 je yang Tika jumpa. 

Apa yang ada dalam fikiran lelaki kalau lelaki jumpa perempuan yang cantik? Mestilah dalam otak dia orang akan fikir macam ni, "Wow, cantik gila awek tu! Kalau lah jadi awek aku, untung giler aku!" kan? Kalau jumpa awek yang skema, cool, pakai baju pun baju kurung, apa pulak dalam fikiran lelaki? Kita sebagai kaum hawa mesti nak tau kan apa pandangan lelaki terhadap kita.

Lelaki kalau ajak bergurau, ada sesetengah perempuan anggap serius gurauan tu ataupun tak tau yang lelaki tu bergurau dengan perempuan. Jujur Tika cakap, Tika seorang macam tu. Kadang-2 Tika tak tau kalau lelaki ajak Tika bergurau. Time tu, Tika memang tak tau lah. Last-2 dia terus 'unfollow' Tika dekat twitter. Itu satu lagi masalah. Kalau perempuan malas nak layan lelaki dekat twitter ke, facebook ke, mesti 'unfollow' atau 'unfriend' terus. KAU NAK APA SEBENARNYA LELAKI?!

Tika sekarang ni dah serik nak couple-2 ni. Bukan maksudnya Tika minat dekat perempuan pula. Still minat lelaki. Mungkin dah sampainya kot Tika single untuk sementara waktu. Lagipun hubungan Tika dengan 'Dia' tak stabil sekarang ni. Tunggu masa je ni. Kalau Tika dengan 'Dia' sampai sini je hubungan, redha je lah. Mungkin Allah ada 'simpan' lelaki yang baik untuk Tika dan perempuan baik untuk 'Dia'. 

Sekarang pun 'Dia' pun diamkan Tika je. No message and no call. Entah apa masalah 'Dia' Asyik Tika je yang kena mengalah. Kalau dia online facebook dia, Tika cepat-2 offline kan chat Tika. Sebab, Tika yang akan rasa sakit hati. Sebab, Tika mesti berharap, "IM lah aku. IM lah aku." Perempuan. Mana-2 perempuan pun akan rasa macam ni. 

p/s:tunggu masa je single. azam tahun ni. nak jadi kuat, tukar hp and sim card sekali. 


suke ? like n comment je :)

RM1 Juta Ringgit

Assalammualaikum...

Cuba korang bayangkan yang korang tiba-2 dapat durian runtuh? Nak pergi kerja, ada beg depan rumah korang. Korang buka je beg tu, ada duit yang banyak. Korang buat apa? Report polis ke? Masuk dalam akaun bank korang ke? Atau apa? Itu baru je bayangan kita kan. Cuba-2 betul. Ambik kau! Hati mesti berbelah bagi punyalah. Sama ada nak buat itu atau ini?

Itu kalau korang jumpa kan. Kalau korang masuk satu pertandingan. Contoh yang dekat tv tu, RM1000000 Money Drop. Korang jawab betul semua 8 soalan, senang lah. Bangun pagi esoknya, akaun bank yang dulu baki RM12.80, sekarang dah banyak. Boleh korang bayangkan. Dengan ada duit yang banyak macam tu, dalam otak terus rancang nak buat apa dengan duit tu. 

Antara 2 situasi ni, korang pilih yang mana? Tika suka situasi 2. Sebab, duit tu jadi milik kita secara mutlak. Kalau situasi 1, kita mesti ragu-2 kan nak guna atau tak. Kalau Tika, Tika akan buat macam ni:

1.Hantar parents pergi haji
Rukun Islam yang kelima. Jika kita berkemampuan, boleh hantar parents pergi haji. Dari dulu lagi impian Tika nak tengok parents Tika pergi haji. Bila dah berkemampuan boleh lah kan.

2.Buat 1 hutan simpanan dekat Malaysia
Disebabkan bumi kita dah makin panas sebab adanya orang tebang pokok, potong gunung dan yang berkenaan, dengan adanya hutam simpanan dekat Malaysia, kita boleh kurangkan atau pun jadikan contoh untuk negara-2 lain. Cuba korang bayangkan, kalau lah satu dunia ni buat 1 hutan simpanan, bumi kita pastinya sejuk.

3.Buat padang bola yang banyak
Kenapa?! Sebab, Malaysia boleh lahirkan ramai pemain bola sepak yang berbakat. Tak kan kita nak mengharap dekat pemain bola kita yang sekarang kan? Dia orang pun nak rehat juga. 

Itu kalau situasi 2. Kalau situasi 1, confirm-2 lah Tika buat laporan polis terus. Tak kan nak masuk akaun terus kan? Makan duit haram tu. Kalau korang pulak, korang buat macam mana? =)

p/s:teringin nak jadi cover majalah macam kak Yuyu Zulaikha . bestnya kalau dapat lepak dengan dia. 

suke ? like n comment je :)

JERAWAT

Assalammualikum...

Siapa sini tak pernah ada jerawat? Menipu lah kalau tak ada. Kalau yang tak ada tu, memang superb lah kulit korang. Jerawat musuh paling utama dekat kulit kita. Lebih-2 lagi dekat muka. Kalau jerawat dah timbul dekat muka, jari ni tak boleh duduk diam. Asyik nak usik je jerawat tu. Ada yang main-2 dengan jerawat, ada yang nampak je jerawat timbul, terus nak picit, ada juga yang "tak nak picit lah. nanti ada bekas pulak dekat muka aku yang cun melecun ni." Mana satu korang? Tika? Tika semua buat. =)

*tau-2 je jerawat aku tengah timbul dekat dagu =) 

Korang yang dekat luar tu tau ke apa punca jerawat kita timbul? Mesti ada yang cakap, "kalau makan kacang, tumbuh lah jerawat. tak pun, muka kita berminyak giler" Mungkin lah betul. Sebab, kita sendiri pun tak tau juga kan punca 'si kecil' ni timbul dekat muka. Nak jumpa doktor pun, mesti malas. =) 

Ni pun Tika baru tau, apa sebenarnya punca jerawat dekat muka kita muncul. Baca baik-2 tau. Nanti boleh share-2 dekat kawans korang semua. 

Faktor harmon terutama untuk perempuan dalam likungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20'an.


Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat, juga memainkan peranan

Penggunaan pil perancang ubat, steroid, vitamin B12. 


Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa sahaja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan stress emosi yang dihadapi setiap hari.


Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar. 


Dah tau kan punca jerawat timbul? Rupa-2nya tak ada kena mengena dengan kacang pun. Mungkin ada sesetengah orang ada alahan makan kacang kesannya, timbul lah jerawat. =)

*sekali makan kacang, tak boleh berhenti wa cakap sama lu 

Semua orang nak kulit yang bersih, sihat dan nampak segar sentiasa. Lebih-2 lagi perempuan. Lelaki pun sama kan. Kalau kulit tak bersih, nanti awek tak nak dekat. Betul tak?! Memang dengar pun korang cakap betul. =D

*muka najwa latif ni bersih, kan? walaupun aku dengan dia sama umur. 
najwa kita geng dengan awak lah. 

"kebanyakkan jerawat akan hilang sendiri jika kulit kita sentiasa bersih dan sihat. Tetapi, sesetengahnya boleh jadi teruk dan kronik. "

Kesimpulannya, kita kena anggap kulit kita ni macam baby. Orang melayu cakap, "Bagai menatang minyak yang penuh" Memang penuh pun minyak dekat muka kita ni. Lebih-2 lagi yang remaja. Macam Tika ni. 

p/s:tika pakai pencuci muka yang mengawal minyak. tapi kan, macam tak ada kesan je. ataupun, tika yang malas guna? O_-




suke ? like n comment je :)

KERJA

Assalammualaikum...

Hari rabu lepas(kalau tak silap) Tika try lah minta kerja dekat GALERI TUDUNG HAJRA. Tika minta dekat situ pun sebab kawan Tika kerja dekat situ and memang ada kerja kosong. *penat jadi big bos dekat rumah.  Act, Tika tak pernah tau minta kerja ni. Kerja sebelum ni pun, kakak Tika yang carikan.(awek abang. tapi dah anggap dia macam kakak sendiri) Malu gila seh minta kerja! Tapi, lama-2 tu ok lah. Kira ni first time lah minta kerja. 

Sampai je sana, jumpa kawan-2 lama sekolah yang kerja dekat situ. Kawan Tika(BAINI) sendiri yang suruh Tika pergi minta. Nasib baiklah si Baini ni tau yang Tika takut nak minta. So, dia suruh kawan Tika(Emilina) cakap dekat satu staff senior yang Tika nak kerja situ. Tika pun ikutlah akak tu pergi atas nak isi borang. Masa tengah isi tu, ada juga lah dia tanya Tika. Biasalah kan orang tanya-2 ni. Dia tanya Tika, sebelum ni Tika pernah kerja ke, macam-2 lah dia tanya. Tiba-2 dia cakap macam ni dekat Tika, "Lagipun dik, uniform kita orang memang banyak" Tika pun cakap, "Ohhh...(sambil senyum)" Boleh lah Tika minta dua kan. Hihihih...

 Lepas akak tu dah tak tanya tiba-2 manager dia orang ada tau. Dia baru keluar dari bilik. Terkejut tu, memang terkejut. Tapi, Tika cover lah kan. Sebelum manager tu turun bawah, dia ada cakap dekat akak tu, macam ni, "Suruh dia masuk 1 hb 3. Dah lambat dah" Tapi, tak tau lah sama ada Tika orang yang dimaksudkan tu. Tika minta kerja pun, memang tengah pertengahan bulan. Kalau dia suruh masuk sekarang mungkin Tika dapat gaji separuh ataupun gaji Tika dia masuk sekali dengan gaji bulan 3. Borang sudah siap diisi. Lepas tu akak tu cakap lagi, "Nanti malam akak call adik lah bila boleh masuk" Tika pun, "Ok." 

Tapikan, sampai sekarang akak tu tak call. Dah 3 hari dah. Entah bila malam dia tu. Sampai mama Tika cakap, "Sabarlah. Kalau tak dapat, cari tempat lain. Kerja dengan mamalah, nak?" Tika pun, "Mama kata nak berhenti." Tengah tunggu ni. Sampai hp Tika tak lepas dari tangan tau. Pergi mana-2 pun bawa je. Sampai nak mandi pun bawa. Tak call juga. Tika memang nak akak tu call awal-2. Supaya, Tika boleh buat persediaan semua. Macam kasut, seluar, tudung yang nak pakai, beg yang nak bawa, semua lah. Baju dia orang sediakan. Warna merah. Ikut badan sikit lah.



 *nanti kalau dapat, kena hafal ni semua. 


suke ? like n comment je :)

KHAWIN MUDA

Asslammualaikum...

Siapa setuju khawin pada usia yang muda? Ada yang setuju dan ada yang tak. Kata orang, khawin muda ni nak mengelakkan dari zina. Tika setuju dengan tu. Lebih baik kita khawin muda daripada kita terus buat dosa dengan pasangan kita. Khawin muda ni kena tau risiko-2nya. Contonhnya, si suami kena bagi nafkah pada isteri. Macam yang orang lain ingat, khawin muda pasa usia belas-2 tahun. 

Kalau kita khawin pada usia belas-2 tahun(si suami umur 18 dan si isteri umur 16), si suami mestilah kena siapkan tempat tinggal, makan, pakaian semua tu lah. Benda-2 ni kan semua tanggungjawab si suami. Tika rasa sebelum parents nak khawin kan anak perempuan mereka pada usia yang muda, dia orang sepatutnya menitik beratkan semau tu. Sama ada jamin masa depan atau pun tidak.

Kalau lah tak nak anak perempuan tu terlibat dengan zina, didik mereka dengan penuh agama dari kecik. InsyaAllah tiada apa yang berlaku. Begitu juga dengan anak lelaki. 

*comelnya pengantin ni

Zaman mak ayah kita juga lah kan. Khawin usia muda. 

p/s:tika pun tering juga khwin muda. tapi nak buat macam mana, belum jodoh lagi. mungkin ada hikmah disebalik semua ni. 

suke ? like n comment je :)