Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

Kenapa Harus Begini Nasib Mereka?!

Assalammualaikum...

Hai semua. Tujuan Tika update blog untuk kita renungan bersama. Tak ada niat nak kutuk atau hina. Bagi yang terasa, Tika minta maaf terlebih dahulu. Masa hari ahad lepas, Tika pergi jalan-2 dengan mama and mak long Tika. Mulanya tak rancang pun nak keluar. Sebab, masing-2 pun belum gaji. Tapi, bila mak long sendiri yang nak jumpa Tika, Tika gagahkan diri juga untuk pergi. Walaupun masa tu memang ngantuk gila lah.

Kami semua pun jalan-2 lah. Sampailah satu kedai tudung M. Macam biasa, kita orang masuk lepas tu tengok-2 je. Bila kita orang nak keluar, ada budak kecik ni. Dari pengamatan Tika budak ni macam budak darjah 3. Yang Tika terkejut, kenapa usia seawal mereka jadi peminta sedekah? Dengan berbekalkan surah yassin yang kecik, budak tu menawarkan kepada mak cik ni. Mak cik ni tak nak beli. Tapi, budak ni paksa juga. Harganya pun terlalu mahal. Bagi Tika lah. RM5 satu. Kalau dekat Mydin, Tika rasa baru RM3 lebih.

Bila budak tu nampak pekerja kedai tudung M, budak-2 tu cepat-2 dia lari. Mungkin takut. Disebabkan budak tu takut, menyebabkan patung jatuh. Bila kita orang betul-2 nak keluar, budak tu ada dalam kalangan kawan-2 dia yang lain. Yang pelik, kenapa budak tu macam tak ada apa-2 yang berlaku. Persoalannya sekarang, adakah kanak-2 itu disuruh bersedekah untuk mereka sendiri atau kepentingan orang lain? 

Tak sepatutnya usia seawal mereka dijadikan 'bahan' untuk mengambil kesempatan untuk kesenangan. Sepatutnya, mereka harus diajar mana yang baik dan tidak. bukannya disuruh minta sedekah. Dalam pada masa yang sama, mama dengan mak long Tika berbicarakan hal yang sama. Dalam bahasa jawa mereka, Tika faham apa yang dibicarakan antara mama dengan mak long Tika. Mak long Tika sendiri nampak yang anak-2 kecil disuruh minta sedekah. Yang menyuruhnya pun ilakah keluarga kandung mereka sendiri. 

Walaupun kehidupan yang kita alami susah, janganlah jadikan anak-2 kecil sebagai 'bahan' untuk mencari kesenangan. Peranan ibu bapa amatlah penting dalam hal ini. Jangan sampai perkara yang tidak diingini berlaku sekelip mata kita. Masa tidak menunggu kita. Masa akan terus berjalan. Tak salah kalau kita nak bersedekah kepada mereka tapi, berpada-2lah. Jangan sampai kita pun tertipu sekali. 

Tika harap kepada mereka yang bertanggungjawab diatas kebajikan rakyat Malaysia lebih-2 lagi yang tak terbela nasib mereka, harap dapat kurangkan beban mereka. :)

suke ? like n comment je :)

Pengalaman Kerja

Assalammualaikum....

Wah, dah lama Tika tak update blog! Ber'habuk' dah blog Tika yang kiut miut ni. You all sihat? Alhamdulilah  kalau sihat. Kita patut bersyukur kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertaubat. Terima Kasih, Ya Allah. Kalian semua mesti pelik kan? Ke mana lah Nurul Atikah ni menghilang? Hehehe... Tak ada masa nak update blog lah. Ye lah. Lepas habis SPM, terus kerja. Mama pun sejak Tika kerja ni, dah tak rajin dah topup broadband Tika ni. Ye lah, tak ada orang paksa.

Apa yang Tika nak cerita ni sebenarnya, Tika nak cerita pengalaman Tika kerja. Walaupun tak lama. But, i still nak share dengan you all. Mana Tika kerja? Adalah.. Hahahaha... Main rahsia-2 pulak Tika ni. Tika kerja dekat "The Gardens Mall". Yang dekat dengan Mid Valley tu. Tau kan? Yang tak tau boleh google lah. Apa lagi kan.

Tika kerja dekat situ sebagai promoter je. Bukannya jadi Gm dekat situ. Hahahaha... Tika kerja dekat situ sebulan setengah je. Sebab, Tika sorang je lah yang faham macam mana dekat situ. Tak nak cerita panjang-2. Nak buka baru. *buka buku baru tapi still nak kongsi jugak

Sejak kerja ni tak ada masa nak lepak dengan kawan-2 Tika. Diaorang pun busy kerja juga. Cuti pun tak sama. Tika kalau cuti kerja, bangun pun lambat. Sebab, nak rehatkan badan yang satu hari berdiri, panjat store. PENAT! Kerja mana yang tak penat? CEO syarikat pun penat juga tau. Walaupun dia orang tu kaya. Hahahahaha.... Merepek sudah. Boleh dikatakan aktiviti Tika berubah 105% sebab Tika kerja. Lagipun, kerja dekat situ duit belanja mahal. Tambang dah atas 5 ringgit. Kalau ada kereta boleh drive ke sana, kan? 

Sekarang ni, Tika duduk rumah je lah. Jadi Big Bos dekat rumah. Hahahaha.... But, sementara je. Minggu depan kalau tak ada aral melintang, start kerja dekat tempat baru. Dekat mana, nanti Tika cerita. Tunggu Tika kerja dekat situ betul-2, baru Tika update lagi.

Walaupun masa kerja Tika tak tengok TV. I mean tak ada lah tengok langsung. Tengok lah juga. Tika tak ada ketinggalan apa-2 tau. Berita yang paling Tika tak percaya ialah, MARIA ELENA DAH KAHWIN. Tika macam "Serius! Dah kahwin?" Pada masa yang sama juga Tika happy lah dekat Kak Maria. Hahahaha... Video dia, blog dia, semua Tika stalk. Pen-stalk sejati Tika ni. Hahahaha...


p/s:
Jangan disebabkan kita terlalu sibuk sangat bekerja, orang-2 yang kita sayang tu kita lupakan. Walaupun penat balik kerja, kita mesti kena nampak happy depan diaoarng. Walaupun masa baru balik kerja tu terus nak ke katil atau mata dah tahap 99% dah nak tutup, tetap layan dia sekejap. Jangan sampai tak layan pulak. :-)

suke ? like n comment je :)