Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

Pengalaman Kerja

Assalammualaikum....

Wah, dah lama Tika tak update blog! Ber'habuk' dah blog Tika yang kiut miut ni. You all sihat? Alhamdulilah  kalau sihat. Kita patut bersyukur kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertaubat. Terima Kasih, Ya Allah. Kalian semua mesti pelik kan? Ke mana lah Nurul Atikah ni menghilang? Hehehe... Tak ada masa nak update blog lah. Ye lah. Lepas habis SPM, terus kerja. Mama pun sejak Tika kerja ni, dah tak rajin dah topup broadband Tika ni. Ye lah, tak ada orang paksa.

Apa yang Tika nak cerita ni sebenarnya, Tika nak cerita pengalaman Tika kerja. Walaupun tak lama. But, i still nak share dengan you all. Mana Tika kerja? Adalah.. Hahahaha... Main rahsia-2 pulak Tika ni. Tika kerja dekat "The Gardens Mall". Yang dekat dengan Mid Valley tu. Tau kan? Yang tak tau boleh google lah. Apa lagi kan.

Tika kerja dekat situ sebagai promoter je. Bukannya jadi Gm dekat situ. Hahahaha... Tika kerja dekat situ sebulan setengah je. Sebab, Tika sorang je lah yang faham macam mana dekat situ. Tak nak cerita panjang-2. Nak buka baru. *buka buku baru tapi still nak kongsi jugak

Sejak kerja ni tak ada masa nak lepak dengan kawan-2 Tika. Diaorang pun busy kerja juga. Cuti pun tak sama. Tika kalau cuti kerja, bangun pun lambat. Sebab, nak rehatkan badan yang satu hari berdiri, panjat store. PENAT! Kerja mana yang tak penat? CEO syarikat pun penat juga tau. Walaupun dia orang tu kaya. Hahahahaha.... Merepek sudah. Boleh dikatakan aktiviti Tika berubah 105% sebab Tika kerja. Lagipun, kerja dekat situ duit belanja mahal. Tambang dah atas 5 ringgit. Kalau ada kereta boleh drive ke sana, kan? 

Sekarang ni, Tika duduk rumah je lah. Jadi Big Bos dekat rumah. Hahahaha.... But, sementara je. Minggu depan kalau tak ada aral melintang, start kerja dekat tempat baru. Dekat mana, nanti Tika cerita. Tunggu Tika kerja dekat situ betul-2, baru Tika update lagi.

Walaupun masa kerja Tika tak tengok TV. I mean tak ada lah tengok langsung. Tengok lah juga. Tika tak ada ketinggalan apa-2 tau. Berita yang paling Tika tak percaya ialah, MARIA ELENA DAH KAHWIN. Tika macam "Serius! Dah kahwin?" Pada masa yang sama juga Tika happy lah dekat Kak Maria. Hahahaha... Video dia, blog dia, semua Tika stalk. Pen-stalk sejati Tika ni. Hahahaha...


p/s:
Jangan disebabkan kita terlalu sibuk sangat bekerja, orang-2 yang kita sayang tu kita lupakan. Walaupun penat balik kerja, kita mesti kena nampak happy depan diaoarng. Walaupun masa baru balik kerja tu terus nak ke katil atau mata dah tahap 99% dah nak tutup, tetap layan dia sekejap. Jangan sampai tak layan pulak. :-)

suke ? like n comment je :)

No comments:

Post a Comment

-Assalammuialaikum
-Terima kasih krn sdi mmbaca
-Jgn lpe komen jgk taw