Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

TERIMBAU KEMBALI

Assalammualaikum...

Hai semua! Tika nak cerita ni. Nak cerita apa? Kalau nak tau, baca sampai habis tau. Kalau ada yang merepek tu, abaikan je lah. Tika kadang-2 memang suka merepek ni. 

ZAMAN SEKOLAH
Masa zaman sekolah dulu, Tika selalu mengeluh. Bila nak cuti, kerja sekolah banyak, nak study, exam bagai and etc. Standard lah kan student. Budak yang bijak pandai otak bergeliga pun kadang-2 mengeluh juga. Masa sekolah, Tika akan tunggu 2 bunyi lonceng. Lonceng yang pertama, lonceng rehat. Hahahaha... Tika ni jenis yang kadang makan pagi, kadang tak. Kalau makan pagi pun, Tika tetap lapar juga. Biasalah kan.. Orang kuat makan. *makan banyak tapi badan maintain je Loceng yang kedua pula, lonceng balik sekolah. Bukan Tika je yang tunggu, mak cik kantin pun tunggu. Ha.. nampak permainan dia? Biasalah kan.. Student... Korang pun pernah juga kan? Yang sekolah lagi pun sama juga. 

Budak-2 sekolah paling tak suka hari Isnin dengan Rabu. Sebab, setiap Isninkan perhimpunan. Ditambah pula dengan ucapan pengetua, pk HEM(Hal Ehwal Murid), pk KoKo, ucapan cikgu yang bertugas lagi. Memang masa tu apa yang cikgu cakap dekat depan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lepas tu ditambah pulak, dengan jadual yang AWESOME giler lah! Contohnya, sejarah, matametik, sains and bla bla bla. Kalau hari Rabu pula, biasa lah, kokurikulum... Kalau sekolah Tika dulu, cikgu sampai kunci pagar tau. Sebab cikgu nak budak-2 aktif dalam bidang masing-2. Walaupun cikgu dah kunci pagar, ada juga tu yang ponteng kokurikulum. Contohnya, bajed pergi solat, tapi sebenarnya ponteng. 

Makanan wajib dekat kantin sekolah, Nasi Lemak. Walaupun nasi lemak dia biasa je tak letak lauk, tetap menjadi pilihan hati budak-2 sekolah rendah atau menengah. Lain lah kalau ada sekolah yang nasi lemak dia mengalahkan restoran 5 bintang. Kelah kau jah! Lepas tu, mihun atau mi goreng atau dua-2. Walaupun letak sayur je, mesti adalah dekat 'kaunter' kantin sekolah. 1 pinggan RM1. Kalau sekolah rendah Tika dulu 50 sen. Sebab letak dalam mangkuk. Kalau dengan ayam sekali RM1 lah jadinya. 

Bila dah sampai waktu exam, mulalah gabra nak study. Azam tak nak online twitter, facebook bagai. Last-2 muka dia juga yang online. Macam Tika lah contohnya. Student lah katakan... Dekat rumah tak nak study, dekat sekolah bajed-2 baca buku. Entah masuk atau tidak. Baca je lah kan. Study last minute. Yang paling best bila kita target bab tu tak masuk. Contohnya, Sejarah. Kita dah bincang dah kawan-2, Bab 4 mesti tak masuk. So, tak payah lah susah payah baca Bab 4. Dapat je soalan, soalan pasal Bab 4 semua masuk. Memang time tu rasa macam nak lari mengalahkan kena kejar dengan singa lah. 

Bila balik sekolah? Semua orang tunggu nak balik sekolah. Bila lonceng dah bunyi menandakan balik sekolah, semua keluar dari kelas macam Avril Lavigne datang je. Lebih-2 lagi budak-2 peralihan. Tika? Tika rilex dulu. Keluar dari kelas pun perlahan-2. Tunggu geng-2 Tika keluar dari kelas dulu. Lepas semua dah keluar, ajak makan. Kita orang makan pun bukan dekat sekolah. Dekat luar sekolah. Kita orang selalu makan rojak dengan bakso dekat warung mak cik Indonesia ni. Korang jangan ingat rojak buah pulak. Ni rojak lontong. Tau kan lontong? Lebih kurang nasi impit lah. Sedap gila lah. Kalau balik dari sekolah pergi warung mak cik tu, mesti banyak budak sekolah kita orang lah. Kadang-2 tu makan juga nasi campur. Keropok lekor pun ada. Asli daripada Terengganu katanya. Keropok lekor longsong. Kalau balik sekolah, Tika dengan kawan-2 mesti balik lambat. Muka kami je lah yang lepak dekat sekolah sampai petang. Lepas balik dari makan, lepak jap bawah kipas. Panas kan? Lepas tu, buat kerja sekolah. Kalau rajin lah. Kalau tak rajin, gosip-2 je lah.

ZAMAN LEPAS SEKOLAH
Bila dah tak sekolah ni, semua bawa haluan masing-2. Ada yang kerja, ada yang duduk rumah je. Yang kerja tu untunglah kan.. Dapat gaji akhir atau awal bulan. Yang tak kerja macam Tika ni, habuk rumah je lah yang dapat. Tipulah kalau Tika cakap Tika tak cemburu tengok kawan-2 yang kerja ni. Cemburu tau. Bukan Tika tak nak cari. Tika cari. Tak dapat juga. Tika dah rasa dah bila tak dapat kerja ni. Tika memang nak cari kerja lagi. Tapi, sekarang ni dah masuk bulan 3. Korang faham kan bulan 3 ada apa bagi budak-2 yang sama umur macam Tika ni. Yes! Result SPM. Walaupun Tika tak tau sama ada dapat atau tak sambung belajar tu, Tika rasa macam ni tau, nak cari kerja ke tak? Macam tu tau. Bila dah tengok kawan-2 dah boleh beli barang keperluan sendiri. Tak payah nak minta duit dekat mak ayah, Tika rasa malu. Sebab, kenapa nasib Tika tak macam mereka? Tika nak juga beli barang keperluan sendiri lepas tu, bagi sikit duit poket mak dengan ayah. Ringankan beban mereka. Anak mana yang tak nak ringankan beban mak dengan ayah, kan? Semua anak nak macam tu. Kalau boleh, tak nak bagi mak dengan ayah kerja. Duduk rumah je. 

Siapa cakap yang Tika tak jumpa kawan-2 Tika lepas habis sekolah? Kita orang jumpa tau. Saling rindu merindui. Amboi! Bila jumpa dengan kawan-2, rasa macam kembali alam persekolahan pulak. Betul tau! Gelak-2, gurau-2, sakat-menyakat. Rindu lah zaman sekolah dulu. Kawan-2 Tika semua rindu nak balik zaman sekolah. Walaupun kita ada kenangan pahit dekat sekolah tiba-2 jadi kenangan manis pulak. Bak kata orang, taik gigi pun rasa coklat. 

Tak dinafikan lah. Orang yang dah habis zaman sekolah, mesti rindu nak balik ke zaman sekolah. Cikgu Tika pun rindu tau. Walaupun dia mengajar, dia rindu nak jadi remaja balik. Kata cikgu Tika, nampak masa muda. Korang pun sama kan? Mama Tika pun sama. Dia kata kalau boleh balik zaman sekolah, mama Tika nak belajar lebih lagi Bahasa Inggeris. WAU! 

Ok lah pembaca-2 tegar Tika, cerita Tika dah habis dah. Kesimpulannya? Tika rindu nak makan rojak dekat warung mak cik Indonesia tu. Hahahahaha....

p/s:sanggup tak tengok abang Robbie Van Persie kita main bola tau. sebab, nak cerita dengan korang semua. =)

suke ? like n comment je :)

No comments:

Post a Comment

-Assalammuialaikum
-Terima kasih krn sdi mmbaca
-Jgn lpe komen jgk taw