Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

JERAWAT

Assalammualikum...

Siapa sini tak pernah ada jerawat? Menipu lah kalau tak ada. Kalau yang tak ada tu, memang superb lah kulit korang. Jerawat musuh paling utama dekat kulit kita. Lebih-2 lagi dekat muka. Kalau jerawat dah timbul dekat muka, jari ni tak boleh duduk diam. Asyik nak usik je jerawat tu. Ada yang main-2 dengan jerawat, ada yang nampak je jerawat timbul, terus nak picit, ada juga yang "tak nak picit lah. nanti ada bekas pulak dekat muka aku yang cun melecun ni." Mana satu korang? Tika? Tika semua buat. =)

*tau-2 je jerawat aku tengah timbul dekat dagu =) 

Korang yang dekat luar tu tau ke apa punca jerawat kita timbul? Mesti ada yang cakap, "kalau makan kacang, tumbuh lah jerawat. tak pun, muka kita berminyak giler" Mungkin lah betul. Sebab, kita sendiri pun tak tau juga kan punca 'si kecil' ni timbul dekat muka. Nak jumpa doktor pun, mesti malas. =) 

Ni pun Tika baru tau, apa sebenarnya punca jerawat dekat muka kita muncul. Baca baik-2 tau. Nanti boleh share-2 dekat kawans korang semua. 

Faktor harmon terutama untuk perempuan dalam likungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20'an.


Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat, juga memainkan peranan

Penggunaan pil perancang ubat, steroid, vitamin B12. 


Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa sahaja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan stress emosi yang dihadapi setiap hari.


Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar. 


Dah tau kan punca jerawat timbul? Rupa-2nya tak ada kena mengena dengan kacang pun. Mungkin ada sesetengah orang ada alahan makan kacang kesannya, timbul lah jerawat. =)

*sekali makan kacang, tak boleh berhenti wa cakap sama lu 

Semua orang nak kulit yang bersih, sihat dan nampak segar sentiasa. Lebih-2 lagi perempuan. Lelaki pun sama kan. Kalau kulit tak bersih, nanti awek tak nak dekat. Betul tak?! Memang dengar pun korang cakap betul. =D

*muka najwa latif ni bersih, kan? walaupun aku dengan dia sama umur. 
najwa kita geng dengan awak lah. 

"kebanyakkan jerawat akan hilang sendiri jika kulit kita sentiasa bersih dan sihat. Tetapi, sesetengahnya boleh jadi teruk dan kronik. "

Kesimpulannya, kita kena anggap kulit kita ni macam baby. Orang melayu cakap, "Bagai menatang minyak yang penuh" Memang penuh pun minyak dekat muka kita ni. Lebih-2 lagi yang remaja. Macam Tika ni. 

p/s:tika pakai pencuci muka yang mengawal minyak. tapi kan, macam tak ada kesan je. ataupun, tika yang malas guna? O_-




suke ? like n comment je :)

3 comments:

  1. kita pun boleh tahan gak jerawat. HEHE

    ReplyDelete
  2. kalau asalnya org tu takde jerawat, makan kacang bukan punca tumbuhnya jerawat. mende ni perkara biasa kalau budak2 baru nk up.. mkn semua kene jaga la.. paling penting jgn stress sgt. tido kene cukup. tido tak cukup tu yg buat jerawat suka tumbuh merata. kalau ada jerawat jgn dipicit nnt parut tu susah nak hilang.. sbb tu ade org jenis muka berlubang2 sbb masa muda dulu suka picit jerawat.. biar je jerawat tu suruh sendiri.. kalau boleh sapu la ubat jerawat. :)

    p/s: kalau boleh font tu besarkan la sikit.. jenis font dh ok dah, tak mcm blog org lain yg guna font jenis cacing kerawit. lagi satu sila buang word verification for comment. mende tu sgt menyusahkan :)

    ReplyDelete
  3. samalah dgn saya.. kalau ada je jerawat rasa mcm nak picit2 je. sakit pun rasa mcm nak sangat..hehe..tapi kadang2 tu kawal gak la nafsu nak picit tu..hehe :P

    ReplyDelete

-Assalammuialaikum
-Terima kasih krn sdi mmbaca
-Jgn lpe komen jgk taw