Abang dan Kakak

About Me

My photo
Assalamualaikum. Nurul Atikah nama diberi oleh orang tua saya. Belum 18 lagi. Masih menunggu keputusan SPM 2012. Seorang yang obses dengan warna pink dan k-pop. Suka makan. Yang paling penting sekali, saya sayang keluarga, kawan-2 dan ehem-2 saya. Terima Kasih sebab dah jenguk blog saya. Jangan lupa follow tau. ^^

The Amazing Spiderman


Semalam baru je tika tengok cerita ni. Best jugak lah cerita ni. Cerita ni lebih kepada sains. Mula-2 tika saja je ajak kawan-2 tika pergi Brem Mall. Lepas tu kawan-2 tika yang nama dia Zairol dia kata jom. Yang paling best dia belanja tengok cerita ni. Hewhew! Satu kepala RM12.00. Zairol belanja 5 orang sekali gus. Best gila lah. Terima kasih Zairol. 5 orang tu termasuk lah Tika, Fatihah, Emilina, Azzuren and Zairol. Yang Azzuren dengan Zairol tu couple. Nasib baik kita orang cepat sampai. Movie ni start jam 3.30. Kita orang sampai jam 3.20. Beli tiket, beli popcorn terus masuk. Masuk-2 je ramai gila orang. Mesti lah kan. Cerita ni hari khamis keluar. Mesti lah ramai. Bila cerita dah habis, semua pakat pergi toilet. Tak tahan! Dekat panggung wayang dah lah sejuk, lepas tu minum air sejuk. Hahahaha...
suke ? like n comment je :)

Perancangan Masa Hadapan

Sekolah Rendah(6 tahun) --- Sekolah Menengah(5 tahun) --- Universiti/Kolej/Politeknik. Perancangan masa depan tika. Kalau dapat PLKN, pergi PLKN dulu baru sambung belajar. Kursus yang tika nak ambik tika nak ambik kulinari. Sebab apa? Sebab tika suka makan n tika suka masak. Walaupun tika jarang menunjukkan skil tika, tapi tika boleh masak sebenarnya. Tika selalu tengok tv yang masak-2. Kalau yang ada astro mungkin tau. Sekarang dekat astro ada "Master Cheff" versi selebriti punya kan? Tika ambik kulinari ni bukan sebab ikut kawan tika, tika memang pilih sendiri. Tak kan nak ikut kawan je kan.. Kena buat keputusan sendiri. Kursus kulinari ni ambik dalam masa 3 tahun(6 semester). Kalau pasal yuran pula, lain tempat lain lah yurannya. Cuma kita kena pilih lah sama ada nak pilih kerajaan punya atau swasta. Tika pun tak tau nak pilih yang kerajaan punya atau swasta. Lagipun tika dengar banyak universiti atau kolej yang menawarkan kursus kulinari ni. Jauh atau dekat lain cerita lah. Tika tak kisah pun jauh ke dekat. Yang penting ilmu yang tika dapat, berguna suatu hari nanti.


Kulinari ni bukan setakat masak je, kulinari ni pun di ajar kan macam mana kita nak uruskan menu kita, meja kita. Macam-2 lah. Gambar dekat atas tu salah satu yang akan di ajar nanti. Ukir buah. Cantik, kan? Rasa tak sabar pun ada juga ni. Mesti korang rasa kulinari ni susah, kan? Belajar mana ada senang. Semua susah. Cuma, bergantung pada diri kita yang nak belajar ke tak.




Nampak 2 kek yang ada dekat atas ni? Sedap, kan? Lebih-2 lagi yang coklat. Yummmy! Kulinari nanti di ajar juga buat pastry and bake. Lepas tika dah habis belajar kulinari ni, tika kerja dulu mana-2 restoran. Lepas tu, kumpul duit. Tika nak buka kedai kek tika sendiri. Insyaallah. Korang pun doa-2kan lah tika supaya impian tika tercapai. amin..
suke ? like n comment je :)